Diperolehi daripada *Yamaha Music (LS Music Sdn. Bhd.) berbekalkan dana GLTL hasil jualan Boss GT-1 (dan sisa-sisa jualan ex-Mirage), jual multi-fx beli amp.
Diterima dalam fizikal yang boleh aku katakan 9/10, jangkaanku ia mungkin display unit, kerana tidak disertakan dengan kotak asal dan, juga agak berdebu (patutlah berani diskaun 45%). Sepatutnya klausa ini dinyatakan dalam deskripsi produk di Lazada.
Ini merupakan versi batch pertama (Mark I?) kerana masih lagi memiliki perkataan "extreme", ber"tattoo" dan penutup speaker grill logam. Aku pernah memiliki versi 12 Watt LX12 Extreme beberapa tahun lepas.
LX12 - versi kecil dan comel. |
LX65R batch terkini. |
Kelebihan
- 65 Watt solid state, cukup kuat untuk jamming atau pentas kecil.
- Non-modelling amp, bunyi clean/drive Laney yang asli.
- EQ berasingan untuk setiap channel.
- Pertukaran channel menggunakan suis kaki.
- Built-in spring reverb.
- Speaker 12" Celestion Seventy 80.
- Ada effects loop (send/return), dan terletak di bahagian hadapan.
- Boleh ditambah lagi dengan external speaker lain (minimum impedance 8 Ohm). Dalam kes aku, boleh tambah kabinet Blackstar HT112 (16 Ohm) dan/atau Vox V110NT (16 Ohm).
Kelemahan
- Crunch channel yang tak berapa "extreme" untuk amp yang berlabel "extreme".
- Tidak disertakan dengan suis kaki FS-2 (sold separately), juga serasi dengan suis kaki jenama lain yang menggunakan jack TRS/stereo dan jenis latch (bukan momentary).
Dengan kuasa 65 Watt, amp ini bukanlah untuk kegunaan di rumah (HT-5RH ada), tapi untuk diusung ke studio jamming, persembahan awam seperti Sarawak Rock'n Mob atau atas pentas jika amp pentas tidak mencukupi. Akan digunakan bersama-sama pedal kegemaran dengan kaedah 4-kabel (4-cable method).
Mungkin juga boleh disewakan atas nama Hepi Sounds & Entertainment.
_____
AADI: *Laney, kini dipegang oleh Bentley Music.
0 comments
Post a Comment