Takstar WGV-601 sebelum ini merupakan sistem wireless analog yang menggunakan frekuensi FM 364.80 MHz. Airbridge ini pula menggunakan sistem wireless digital frekuensi 2.4GHz, frekuensi yang biasa digunakan oleh peranti ICT (WiFi hotspot, wireless mouse, etc.).
Kelebihan
- Kedua-dua pemancar (transmitter) dan penerima (receiver) memiliki bateri cas semula dalaman yang dicas menggunakan port USB.
- Boleh dilaras 280 darjah untuk disepadankan dengan output jack gitar pelbagai sudut.
- Dengan saiz dan bateri dalaman, ia lebih senang dan mudah alih berbanding Takstar.
- Satu transmitter boleh diterima oleh beberapa receiver, jika disinkronasikan secara serentak.
Kelemahan
- *Material plastik yang nampak kurang tegap, terutamanya mekanisma berpusing itu sendiri pastinya akan rosak/patah jika terlanggar, tersadung atau terhentak.
- Dengan ketepuan peranti lain yang juga menggunakan frekuensi 2.4GHz, mungkin akan ada gangguan pada sistem ini atau peranti lain. Pernah mengganggu fungsi mouse wireless aku di rumah.
Setakat ini sudah dibawa jamming dan dipasang berterusan selama hampir 3 jam (selepas dicas penuh), bateri masih belum menunjukkan tanda-tanda Ultraman (kalau faham). Aku yakin untuk menggunakannya semasa gig hujung minggu ini, tapi perlu bersedia bawa kabel sebagai backup.
Dalam manual mengatakan jarak maksimum sekitar 100 kaki (~30 meter) kira dah lebih daripada cukup jauh untuk persembahan pentas besar. Begitu juga dengan latency bawah 12 ms yang langsung tidak ketara.
*Mungkin akan dimodifikasi dengan patch cable supaya badan transmitter dan receiver tidak dicucuk terus ke output jack gitar dan input jack pedal/amp.
_____
AADI: Walaupun mampu Boss WL-20, tapi agak tidak berbaloi ketika ini.
3 komen:
Kini Tuan boleh berlari di atas pentas.Hehe.
sebelum ini pun sudah berlari atas pentas dengan sistem takstar :)
Oh begitu, syabas Tuan
Post a Comment