Jackson JS32 King V ini diperolehi sebagai ganjaran sendiri (self-reward) bersempena ulangtahun ke-10 #10yearschallenge dan GLTL setelah berjaya menyingkirkan haluan bass (ex-Francesco dan ex-Tommy). Ini merupakan model 2017, masih menggunakan kayu rosewood untuk fretboard berbanding amaranth untuk model terkini, spesifikasi lain masih sama.
Kotak dalam kotak. |
Diterima dalam keadaan yang memuaskan, tiada kecacatan fizikal dikesan, maklumlah bentuk ekstrim sebegini agak cerewet semasa dalam transit, berdasarkan beberapa pengalaman sebelum ini. Tapi macam mana pula tali high-E boleh putus sekitar fret ke-15? Duh~
Dokumentasi, disertakan dengan beberapa hex-wrench (Allen keys), tremolo bar (of course) dan tiga keping pick cap ayam sebagai hadiah percuma. Come on Music Bliss~ mati-mati aku ingatkan pick Jim Dunlop Riffs/Gels.
Untuk menggantikan set tali asal yang nampak berkarat dan putus high-E pada perenggan keempat tadi, set tali baru D'Addario EXL120 (9-42) dipasang dan ditala pada E-standard. Nampaknya aku masih ada dua set EXL120 ni dalam stok, aku ingatkan dah habis...
Pikap berkembar Jackson yang aku jangka merupakan pikap G&B yang dijenamakan semula, suis toggle 3-arah, tombol VOLUME dan TONE. Kemasan berwarna hijau "matte army drab" yang seakan-akan warna hijau "green shadow flat" pada ex-Dinoscar (Mark I) dan ex-Clover (Mark II).
Locking bridge in-house Jackson by Floyd Rose, harap kualitinya sepadan dengan bridge LTD by Floyd Rose pada Neon yang masih bertahan hampir dua tahun tanpa masalah, berbanding Floyd Rose Special (FRS) pada Nightfall yang mula menunjukkan tanda-tanda bermasalah.
Ruang kaviti pikap dengan routing yang kemas, dan hah! Nampaknya jangkaan aku salah, set pikap yang digunakan merupakan jenama Belcat dan bukannya G&B. Tapi selepas pengalaman menggunakannya semasa Isolated Gig Vol. 1 minggu lepas, aku agak kurang berkenan dengan prestasinya (overtones, harmonics), prestasi pikap G&B yang ada pada LTD lebih memuaskan hati.
Mulanya aku ingatkan batch JS32 kali ini buatan Indonesia berdasarkan seni pertukangannya, rupa-rupanya ia buatan China (Weibo Musical Instrument Co. Ltd.).
Walaupun JS32-series ini siri bawahan untuk jenama Jackson (setaraf Ibanez Gio atau LTD 200-series ke bawah?) tapi pertukangan kayu yang halus terutama bahagian neck dan fretboard, ruang kaviti pikap, tombol, FR dan spring juga routing yang kemas, amat berbaloi per harga. Cuma ruang kaviti untuk sustain block agak terlalu luas.
Pematerian dan wayar yang juga kemas walaupun menggunakan suis dan pot murahan. Seperti pikap, bab ini aku tak kisah, ia akan diganti dengan barangan elektronik berkualiti kelak.
Jackson = metal! \m/ |
Kelebihan:
- Warna hijau "matte army drab". *Kenapa hijau? Itu tak perlu aku jawab.
- Pertukangan kayu yang mantap walaupun kategori gitar murah.
- *Bentuk King V itu sendiri, stabil dan seimbang jika dimainkan secara berdiri.
- *Stage presence, mojo ketika berada di atas pentas.
- Set pikap Belcat yang walaupun jenis high output, tapi personal sound preferences (overtones, harmonics) tidak memuaskan hati.
- Tuning machine yang tidak stabil, kadang-kadang keras kadang-kadang loose.
- Setup action, intonation asal yang ala kadar - ini aku boleh buat sendiri.
*Harapnya, ini dapat menjawab soalan Bro Yustech dalam ruangan komen entri yang lepas. Nickname? Disebabkan warna hijau askarnya dan berbentuk V, aku gelar SARGE, aka self-proclaim IDK Sig Mark VI.
_____
AADI: Teringat gitar V aku dulu, ex-Abominations.
1 comment
Kini telah terjawab ditambah dengan nikmat ulasan terperinci lagi jitu. Terima kasih Tuan.
Ya, saya bersetuju pemungut G&B lebih bermutu. Pilihan yang baik oleh berberapa jenama gitar besar dan melegakan pembeli, tanpa pengubah suaian serta merta.
Post a Comment