"Mesyuarat" yang dihadiri oleh orang kuat BIMM iaitu Borhan (tauke studio), Rezal, Es, Adi Herman dan seorang rakan mereka lagi yang aku tak kenal (Adi, siapa lagi seorang malam tadi?). Aku datang tak dijemput (sebab bukan AJK), hanya sekadar menemankan Chop dan mencari modal untuk entri AADI ni.
Tujuan tersirat aku pada malam tadi ialah untuk
Walaupun aku tak berapa arif mengenai drums, tapi studio ni menyediakan drumset yang agak lengkap dan paling "hensem" di bandar Bintulu ni. Aku pasti Bob Kandar akan teruja kalau tengok drumset Pearl ni yang penuh dengan pelbagai jenis simbal dari jenama Paiste dan Zildjian (senarai lengkap).
Studio ni menggunakan dua unit amp gitar Marshall MG102FX (with footswitch) dimikrofonkan dengan mikrofon Shure yang disambung terus ke mixer studio (for monitoring or recording purpose). Studio tidak menyediakan sebarang efek pedal tambahan, tapi aku rasa dengan footswitch dan empat channel (CLEAN, CRUNCH, OD1, OD2) yang ada pada amp ni sudah kira cukup.
Sekiranya ada efek pedal tambahan, ada baiknya disambung menggunakan FX loop di belakang amp ni (proper way) berbanding disambung dari input gitar di hadapan.
Amp bass pula menggunakan Hartke HyDrive 5210C (whooping 350 watts!). DI output disambung terus ke mixer studio - antara kelebihan amp yang mempunyai DI output, tak perlu dimikrofonkan. Bila tengok amp Hartke ni memang terasa geram untuk menggunakannya.
Gitar bass mana? Hahaha... Bass yang digunakan ialah Craftsman FP10 berwarna hitam yang dikenali, disebabkan aku dah selalu tengok bass tu, jadi tak perlulah aku ambil gambar (jangan mare~).
Gitar studio ni ialah dua buah Ibanez GRX - aku kurang pasti apa model, mungkin GRX70. Dah biasa bawa gitar sendiri kalau jamming, jadi tak pandang sangat gitar studio (amboi~). Empat unit speaker monitor Behringer VP1220F juga disediakan untuk setiap pemain. Tiada lagi alasan out-of-tempo sebab tak dengar bunyi amp gitar/bass atau suara vokalis.
Mixer studio menggunakan Behringer Xenyx 2442FX, dan sebuah power amplifier iNuke NU3000 untuk menguasakan empat buah speaker monitor VP1220F tadi.
Oke, walaupun harga sewa yang dikenakan agak premium iaitu RM40 sejam (harga promosi), tapi jika diambil kira dari segi keselesaan dan peralatan yang digunakan ia amat memuaskan dan berbaloi (berbanding studio A*****a yang juga mengenakan sewa RM40 sejam tapi dengan peralatan yang tak seberapa).
Tapi pada pendapat aku, dengan harga sewa RM40 sejam ni skop pasaran agak terhad kepada kugiran yang serius dan berkerjaya. Kugiran budak-budak sekolah mungkin agak keberatan untuk menyewa studio ni.
Sekadar gambar hiasan. |
_____
Ada apa: Kalau ada tiga gitaris?
5 komen:
seorang lagi tu (yg muda2 bercermin mata) adik aku Alifh, member rapat Borhan...saja datang lepak2 ke studio. Studio ini masih dalam status trial and error dari segi sistem siar raya secara keseluruhannya (especially masalah echo) tapi memang luas la...selesa wooo! aku,es dgn rezal sempat test drive jamming sekejap mlm tadi bawak lagu2 yg akan diperform oleh TRESNO (rezal jadi drummer sementara haha), ternyata pantulan bunyi pada studio menyebabkan monitor speaker khas utk musician (especially drummer) tidak kedengaran, akibat tenggelam oleh bunyian cymbals. Tapi masih boleh diperbaiki haha.
Hahaha ! Niceeee ! Sekadar gambar hiasan ya best....
Lawa studio n barang pun berkualiti..err..kalau 3 gitaris pun ok gak.jadi iron maiden.hehe
adi:
bob dah teruja tgk gmbr drumset
es:
tauke studio xbrapa nmpk
rafi:
fyi, band projek kolaborasi aku/adi/korawk (metuk ulau project) mmg ada 3 gitaris
biasanya klu jeming di studio yg hanya ada 2 amp, sama ada 2 gitaris berkongsi 1 amp (guna mixer) atau gitaris ke-3 sambung efek direct ke PA system studio
I look at the photos first before i read your post, memang truja kejap tengok drumset tu. Hensem indeed
Post a Comment