Aku perasan tiga album studio FF kebelakangan ini Wasting Light, Sonic Highways dan album ini semuanya menggunakan format slipgate yang pada pendapat aku agak leceh dan nampak murahan berbanding digipak dan jewel case. Patutnya kalau versi slipgate begini harga lagi murah sebab kurang kos.
Secara rasminya FF sudah ada enam orang ahli, Rami Jaffee yang sebelum ini menjadi keyboardist undangan kini sudahpun menjadi ahli tetap FF. Dan tak lupa beberapa artis dan ahli muzik jemputan termasuk nama-nama besar seperti Justin Timberlake, Dave Koz dan Paul McCartney.
Lagu-lagu dalam album ini (bagi aku) agak susah dihadam berbanding Sonic Highways, mungkin disebabkan vibe psychedelic rock yang agak ketara. Kecuali beberapa lagu seperti Run, The Sky Is A Neighborhood dan The Line yang mungkin disebabkan sudahpun dilayan sebelum album ini dirilis.
Dan sebuah lagu dengan vokal sepenuhnya oleh Taylor Hawkins iaitu Sunday Rain, yang mana kerja pukul-memukul digalas oleh Paul McCartney.
Album ini masih lagi panas, fresh from the oven. Jika diberi peluang mendengarnya beberapa kali lagi, mungkin boleh jiwa.
_____
AADI: Oh abang Pat.
6 komen:
Oo..ada timberlake jugak dlm album ni
Tak follow...so aku memang lost kalau bab FF ni...
Bro! Bayangkan masa hang duk ada kat Penang dulu, masa tahun 2002 bila Foo Fighters release "One by One". Tahun yang sama, Justin Timberlake release solo album dia (ingat lagu "Senorita"?). Kalau orang bagi tau kat hang Foo Fighters in the future buat lagu dengan Justin Timberlake, hang percaya dak?
Kalau lagu best takpa jugak. Ni lagu macam siye!!!!! Foo Fighters dah mengarut. Suruh depa retire teruih!!!!!
TUI!!!!!!!
Love this review Ijau.
This is a fan review.
rafi - sebenarnya ramai lagi artis/muzisi undangan lain disenaraikan, tapi cuma 3 nama tu je aku kenal
bert - selamat
anarch(?) - ntahlah, dulu aku mula lost dan tak follow FF selepas album OBO tu, lepas kes kaki patah, respek balik kat grohl dan follow FF... dalam perantaraan tu ada jugak album2 best macam ESP&G dan WL, selebihnya macam OBO, IYH, SH dan mungkin C&G ni macam tak jiwa
deaf - there goes my hero, he's ordinary
Album ni kurang Hype berbanding Sonic Highways
Post a Comment