Mula mengalami simptom-simptom presbyopia selepas tragedi September 2020, berpakej dengan masalah optik lain berkaitan *usia seperti silau dan floaters. Telahpun dirujuk dengan oftalmologis penghujung 2020 dan disarankan untuk aku memakai cermin mata jenis dwifokal atau progresif.
Setelah bergelut hampir dua tahun, mahu tak mahu terpaksa juga memakai cermin mata berkanta progresif begini. Kerja harian aku yang berkaitan analisis saintifik dan dokumentasi, perlukan lebih fokus kepada objek 20-40 cm di hadapan mata.
Cuma ini kali pertama sejak 25+ tahun bercermin mata, dana yang agak besar diperlukan untuk sepasang kanta. Bingkai tak ada masalah, Mrs. Ijau yang belanja sebagai hadiah hari jadi.
*Pasrahlah dengan tanda-tanda penuan, ini keperluan bukan kemahuan. Sebenarnya tiadapun dana-dana perhobian dirampas untuk entri ini, memang sudah ada dana khas. Hanya tajuk sahaja yang sensasi, hahaha...
_____
AADI: Masih setia dengan jenama Hoya.
2 komen:
Welcome to the club... berpeluh bila time nak tukar cermin mata...haha...
biasanya aku 4-5 tahun sekali baru bertukar cermin mata, itupun selama ini jenis unifocal
ini kali pertama guna multifocal/progressive, memang "berpeluh" poket beb hahaha
Post a Comment