Dengan adanya eBay seller seperti estock_deutschland yang menjual CD audio pada harga yang tersenyum serta pengeposan percuma, membuatkan semangat untuk mengumpul diskografi artis atau band yang pernah (dan masih) diminati berputik kembali. Contohnya album ni yang diperolehi dengan harga €3.01 (RM14.13).
![]() |
Bonus DVD. |
(P)(C) 2002 Roswell Records Inc. The RCA Records Label is a unit of BMG, made in the EU. Walaupun tertulis 2002, sebenarnya ini merupakan rilisan 2010 (daripada info estock). Rilisan ni disertakan dengan bonus DVD yang memiliki klip video beberapa lagu dalam album ni serta beberapa video "di sebalik tabir".
Masa untuk menikmati semula muzik Foo Fighters, harapnya sekarang aku boleh hadam lagu-lagu dalam album ni berbanding 11-12 tahun lepas. Selebihnya andalah yang sambung cerita...
_____
Ada apa: Next, In Your Honor.
4 komen:
estock_deutschland ni kalau cd2 zaman grunge ke atas memang melambak dan murah2 pulak tu...sayangnya aku tak follow muzik yang macam ni...
Foo Fighters lagu yg aku suka sampai skarang Big Me dengan walking after you je
berteromber:
tapi time aku nak beli nirvana, mampus semua naik harga
rafi:
everlong tak minat?
Aku kagum ngan ni band, aku kadang2 masuk youtube tengok Foo Fighters main dalam macam2 suasana..
guest kat television talk show cam Letterman, konsert sendiri, memang dahsyat setiap persembahan dorang.
Dulu aku minat drummer dia, sekarang pelan2 aku tengok2 dia punye other band members.
tapi cd ni semua, tak minat lak, suka tengok live kat youtube je.
tapi aku paling suka lagu Carolina haha
Post a Comment