Berjaya memperolehi sebuah gitar ESP Eclipse-II, satu daripada "final fantasy" hobi kegitaran sejak aku mengenali jenama ini. Walaupun berstatus terpakai (tak mampu beli baharu) yang pasti ia berlogo ESP dan bukan E-II.
Diperolehi daripada seorang seller (Mr. A) dari Kuching yang telah mengiklankannya di Facebook Jamtank. Kebetulan aku ke Kuching penghujung Ogos lepas atas urusan kesihatan Mrs. Ijau. Sempatlah buat temujanji berjumpa dengan Mr. A di studionya untuk merisik gitar ini.
Harga yang ditawarkan walaupun masih dikira premium, tapi agak berbaloi untuk sebuah ESP terpakai (-40% daripada harga asal), ini semua rezeki PKP. Seperti siri-siri standard ESP lain, ia didatangkan dengan hardcase ESP yang khas untuk bentuk Eclipse (form-fit).
Spesifikasi tak perlulah aku ceritakan, rujuk sahaja katalog ESP 2011. Sememangnya aku sudah biasa dengan gitar berbentuk singlecut lebih-lebih lagi bentuk Eclipse. Profil dan beratnya pun sama seperti berat EC-1000VB (Deluxe), feels at home.
Kemasan snow white memang terkenal kerana mudah menguning, lebih-lebih lagi jika berada lama dalam hardcase (contoh M-II Bro Sub). Mengikut ceritanya, gitar ini jarang diguna oleh Mr. A setelah memiliki PRS SE Tremonti yang lebih serasi.
Tuning machine head Gotoh Magnum Lock memang tegap, logamnya padu berbanding jenama/model tuning machine lain yang pernah dipegang sebelum ini.
Nombor siri SS1032115 yang diinterpret (berpandukan sumber) sebagai keluaran kilang Standard ESP (SS) tahun 2010 (10), minggu ke-32 (32), Isnin (1), produk ke-15 (15) atau ringkasnya produk ke-15 pada 09/08/2010. Ok, dah berusia 10 tahun.
Standard ESP Eclipse bernadi kombo EMG 81 (bridge) dan EMG 60 (neck). Aku tak ada masalah dengan pikap EMG, ini gitar metal, dan aku main metal. Kalau tak nak main metal, gitar lain ada.
Menjenguk isi perutnya, masih lagi menggunakan pendawaian berpateri (hardwired) dan bukannya versi solderless. Pematerian pun memang kemas, begitu juga ruang kaviti. Yang ini akan dibiarkan seadanya - hardwired, standard, active, EMG.
Untuk sebuah ESP yang berusia 10 tahun, ia masih nampak baharu (kecuali kekuningan) jelas ketara pada fret, hardware dan langsung tiada battle scar. Bak kata Mr. A, daripada gitar ini mereput dalam hardcase, ada baiknya ia dilepaskan kepada rocker/metalhead lain yang lebih menghargainya - to be played, hard.
Untuk "mengurangkan beban" serta selaras dengan tema 2020 purge, satu daripada dua Eclipse versi LTD akan cuba dilepaskan.
Nickname? Ia akan digelar SHIRO bersempena warnanya (白い shiroi, putih) dan tempat asalnya negara matahari terbit. Akan dijadikan gitar utama dengan talaan Eb-standard atau drop-C# jika perlu.
_____
AADI: Terapi minda dan emosi.
0 comments
Post a Comment