Berjaya memperolehi sebuah *Horizon III terpakai, bukan berjenama ESP, tapi hanyalah anak buahnya GrassRoots G-HR3-68 (discontinued) yang diperolehi daripada Brado Guitars pada harga yang mampu milik. Inilah gitar yang berada dalam kotak EVH minggu lepas.
Walaupun berstatus terpakai, tetapi Brado mengklasifikasikan kondisinya sebagai "mint". Ya, pendapat aku ia seperti 97-98% masih baharu, hanya penutup truss rod sahaja yang hilang. Terasa malas pula nak ambil gambar pelbagai sudut, boleh rujuk gambar-gambar menarik yang aku link daripada website Brado Guitars.
GrassRoots merupakan jenama di bawah naungan ESP Japan, tier paling bawah selepas Navigator, E-II dan Edwards. Tapi spesifikasi utamanya neck-thru dan alder body amat jarang-jarang dijumpai pada gitar tier bawahan. Namun untuk menstabilkan harga, ia menggunakan generic tuners, Floyd Rose Special dan pikap in-house GH-1G.
Produk kilang World Musical Instrument Co. Ltd. Korea, dan berdasarkan nombor siri GW13016322 ia diinterpet sebagai keluaran ke-6322 Januari 2013. Kualiti pertukangan kayunya senang-senang saja tapau LTD 400-series.
Setakat ini tidak terfikir lagi untuk menukar pikap asal GH-1G (neck 14.7k, both 7.6k, bridge 15.1k) selagi belum dipandu-uji semasa sessi jamming. Jika kombo pikap ini cemerlang ia akan dibiarkan seadanya. Jika tidak, Seymour Duncan Jazz/JB atau DiMarzio PAF Pro/Super 3 menanti untuk kepuasan diri.
Dengan bentuknya yang offset seperti ex-Woody (Cort G200DX), ia juga tidak muat disimpan dalam peti cap buaya kerana tanduk atas yang sangkut pada pembahagi dalaman peti.
Bila sudah biasa menggalas gitar singlecut yang agak berat, terasa janggal pula menggalas gitar superstrat yang ringan sekitar 3.5 kg ini. Perlu sedikit masa untuk membiasakan diri.
Buat masa ini ia akan digelar HORIZON sahaja sehinggalah dapat nickname yang sesuai. Axology aku kembali menjadi 10 unit, harap cepatlah Lagoon dilamar orang, boleh tutup lubang besar yang dikorek oleh gitar ini. Walaupun ada sedikit lubang telah ditutup hasil jualan pikap Gibson 490R/490T beberapa hari lepas.
*Jika anda mengikuti AADI sejak 2009 dan blog Bro Sub The Guitar Addict yang ada entri ESP Horizon (contohnya sini dan sini), aku memang idamkan sebuah model Horizon dengan headstock lidah/daun (tak kisah Horizon I atau III). Ini gara-gara terliur dengan ESP Horizon Custom yang digunakan oleh Thomas Youngblood dalam DVD One Cold Winter's Night.
_____
AADI: Penantian 15 tahun.
0 comments
Post a Comment