Dihubungi oleh seorang rakan atas rakan yang meminta servis dua buah gitar miliknya. Katanya servis aku disarankan oleh Nasuki Malim (Bintulu Buskers). Orang yang sama membeli lima pedal-pedal aku dalam entri ini dan ini.
Gitar pertama ialah sebuah Gibson 2017 Explorer. Bermasalah pada tombol bridge volume, bila dipulas maksimum (10) tiada bunyi, tapi bila diturunkan sedikit (~9) kembali ada bunyi.
Dihantar bersama-sama hardcase. Walaupun tersedia sebungkus tali Ernie Ball, tapi tuan punya hanya perlukan service tombol sahaja. Tiba-tiba teringat ex-Korina aku...
Menjenguk isi perut, fuh!~ Beginikah susunan wayar-wayar di dalam sebuah Gibson? Masih mengekalkan pot asal Gibson dan timah pateri masih cantik. Maknanya ini merupakan pematerian asal dari kilang. Ikut pengalaman aku, gitar-gitar buatan China dan Indon lebih kemas sususan wayar-wayar dalaman berbanding Explorer ini.
Penyelesaian pantas, kesemua pot dicuci dengan electronic contact cleaner, tak perlu tukar pot. Dulu amat susah mencari produk ini, sekarang sudah ada dijual di premis Mr. DIY.
Lain cerita dan untuk rekod, gigbag G-PG-335V Pro Go juga boleh memuatkan gitar berbentuk Explorer dengan sedikit pelarasan kedudukan bantal bawah dan leher.
Gitar kedua pula sebuah Jackson JS32 King V, model 2010 buatan India, ketika mana batch JS32 masih didatangkan sekali dengan gigbag Jackson Bomb sama seperti ex-Kelly Kelly aku hampir 15 tahun lepas.
Untuk King V ini hanya servis untuk pemasangan tali dan talaan sahaja. Tuan punya tak pandai memasang tali dan setup pada gitar ber-Floyd Rose.
Dibekalkan dengan tali DR Dragon Skin bersaiz 9-42. Sebagai tali yang bersadur (coated), sadurannya terasa agak kesat pada jari, perasaan yang sama seperti saduran versi Neon.
Kalau biasa pasang tali pada gitar ber-Floyd Rose (Special, 1000-series), variasi lain pun tak ada masalah seperti licensed Jackson ini, Gotoh GE1996T, Ibanez Edge-III dan/atau Edge Zero II. Ditala pada drop-D seperti yang dipinta.
Tiada bermain pateri untuk servis kali ini, kedua-duanya dapat diselesaikan dalam masa sekitar satu jam.
_____
AADI: Ada lagi sebuah baru masuk untuk servis.
0 comments
Post a Comment