Ya kembali kepada jenama DiMarzio... Dua bungkusan diterima selang sehari, kurier berbeza tapi isinya jenama yang sama. Bungkusan pertama berisi DiMarzio Super 3 (DP152) F-spaced, merupakan unit terpakai diperolehi daripada seorang kenalan Jamtank Facebook yang pernah beberapa kali bertransaksi sebelum ini.
Pernah memiliki model ini tahun 2014, tapi seperti biasa bila sudah tidak ada gitar perumah dan perlu dana-dana segera, maka ia didagangkan semula. Kebelakangan ini amat sukar mencari model-model pelik pikap DiMarzio dalam pasaran (atas talian) termasuklah model ini. Mungkin disebabkan isu semasa dan pertukaran pengedar rasmi sedikit sebanyak mempengaruhi.
Bungkusan kedua berisi DiMarzio PAF Pro (DP151) diperolehi terus melalui website Bentley Music berbekalkan kupon Atome (bahaya skim BNPL ni). Sebelum ini aku hanya pernah menggunakan PAF 36th Anniversary (DP103) dan PAF Master (DP261), katanya karekter PAF Pro ini pula lebih moden berbanding PAF DiMarzio lain.
Bagi aku, PAF Pro ini merupakan pasangan yang sesuai dengan Super 3 di atas tadi baik dari segi sonik mahupun penampilan. Jika set classic rock PAF 36th/Super Distortion sebelum ini adalah team Jedi, set heavy metal PAF Pro/Super 3 ini pula team Sith. Hampir sama konsep, cuma pada sisi gelap...
_____
AADI: Rindu pula nak guna Super Distortion (DP100) dan D-Activator (DP220).
0 comments
Post a Comment