Tidak seperti Seymour Duncan Blackouts AHB-1N, pikap-pikap berikut tidak disenaraikan dalam website Bentley Music, dan diskaun jualan hujung tahunnya (YES) hanya eksklusif untuk pelanggan walk-in seperti kes PRS SE Torerro beberapa tahun lepas.
Unsealed... |
Namun, kedua-dua pikap ini berjaya diperolehi menerusi perantaraan Gapnap yang datang ke Bintulu beberapa hari lepas. Untuk YES Bentley, EMG-ALX Alexi Laiho set ini berdiskaun 30% manakala *EMG-HZ H1-N pula berdiskaun 50%!
Hmmm... Mana sweatband COB? |
EMG-ALX ini antara pikap yang teringin aku miliki sejak diiklankan oleh Dead Eye Guitars sedekad yang lepas. Tapi dengan harga runcitnya, terasa tidak berbaloi ketika itu. Tapi dengan diskaun 30% terasa tersenyum memilikinya.
Ini merupakan batch baharu (batch 2018) berlogo "EMG", tidak seperti batch lama berlogo "EMG-HZ". Kalau ikutkan spesifikasi, EMG-ALX ini sama seperti EMG-HZ H2, ya sebuah pikap pasif.
Yang membuatkannya istimewa ialah litar aktif ABQ EQ/boost seolah-olah memiliki sebuah overdrive/booster dengan frekuensi resonans yang boleh dilaras.
EMG-HZ H1-N (neck) ini pula diperolehi untuk melengkapkan kedua-duanya sebagai sebuah set pikap pasif EMG dengan ABQ EQ/boost aktif.
H1-N ini merupakan batch agak baharu (batch 2015) juga berlogo "EMG" seperti EMG-ALX tadi. Tanpa mata terlatih (trained eyes), kedua-duanya akan nampak seperti EMG Revelation (Prashant Aswani) set.
Akan dipasang untuk projek kegitaran tahun 2022. Secara tidak langsung, ia akan menjadi tribute untuk Alexi "Wild Child" Laiho selepas setahun pemergiannya, walaupun aku bukanlah peminat tegar Laiho dan COB/BAM. Gitar apa? Tunggu...
_____
AADI: *Kalaulah ada model bridge H1-B atau H2-B, memang aku beli lagi satu set.
0 comments
Post a Comment