
Bungkusan poslaju yang diterima pada Selasa (8/2/2012) minggu lepas beralamat dari Crinson Music And Guitars.
"Got a solo gig at the local coffee shop? Need to make a quick public announcement? Simple sound calls for the simply excellent XENYX 502, the BEHRINGER mixer with everything you need to give an intimate setting incredible sound. And with the new addition of +48 V phantom power, the possibilities are even greater."
- Hype dari website Behringer.
Ya, ya, produk Behringer lagi... Kali ni Behringer Xenyx 502 - premium 5-input 2-bus mixer with Xenyx mic preamp and British EQ.

Nice packaging, looks professional. Tidak seperti produk-produk Behringer untuk gitar terutamanya stompboxes dengan bungkusan plastik yang nampak macam barang mainan.
Kandungannya terdiri daripada mixer, power adapter, diagram, manual dalam 13 bahasa, tag, sticker dan katalog produk-produk Behringer.

Penyelesaian ringkas kepada kesulitan ketika jamming di studio sewa (Z Studio) yang hanya mempunyai dua buah amp gitar, sedangkan Metuk Ulau Projekt ada tiga orang gitaris.
Gitaris kedua dan ketiga akan "berkongsi" satu amp melalui mixer ni. Tidak perlu lagi menyambung rig gitaris ketiga pada mixer/PA system studio seperti sessi jamming sebelum ni. Ia telahpun diuji semasa sessi jamming Metuk Ulau Projekt tengahari tadi, dan hasilnya memang memuaskan.

Disebabkan mixer ni juga mempunyai preamp dan headphone (stereo) output yang berasingan, ia juga sesuai digunakan sebagai preamp untuk rig ringkas dengan menggunakan headphone sebagai output (for late night silent practice):
Gitar -> stompboxes (CM-1, CC-1, VXL) -> Xenyx 502 -> headphone

Simple jamming rig #2.
Kelebihan
- Mempunyai headphone output yang berasingan, sesuai digunakan sebagai "monitor" output.
- Mempunyai input berasingan untuk CD/tape player.
- Menerima kedua-dua jenis signal "balanced" dan "unbalanced" pada input yang sama.
- Tidak seperti stompbox gitar Behringer, Xenyx 502 ni memiliki casing yang tegap (aluminium?)
- Behringer = ekonomi.
Kelemahan
- Daripada lima input, cuma input pertama sahaja yang mempunyai EQ (high, low, gain).
- Dan cuma input pertama sahaja yang mempunyai XLR input.
_____
Ada apa: Aku suka dengan ayat ni "Behringer products are made for the people, not millionaires" yang dijumpai dalam katalog Behringer.
1 comment
tagline Behringer yang rules!!!
Post a Comment