Hmm... Macam mana aku nak buat ulasan (review) pasal benda ni? Kali ni aku rasa lebih kepada cerita berbanding ulasan. Well, here goes...
Dah lebih dua bulan aku miliki benda ni - Line 6 Pod X3 (discontinued) guitar multi-effects processor "the most powerful Pod ever!" (before Pod HD Desktop came out though). Dengan bentuk yang seakan-akan kacang dan berwarna merah, ia lebih dikenali dengan nick "red bean" (kacang merah).
Banyak cerita disebalik pembelian benda ni - GAS bermula dari sini, tapi "out of stock + discontinued" di CK Music (as told by Bro Amizan), kemudian tempah (berdeposit) dari Engbok of yNot Studio (via MMO Music), tapi pembeliannya terbengkalai beberapa bulan sebab aku sibuk dengan Projek Mega 2011 ketika itu, dan paling lucu bungkusannya tersesat sampai ke Tawau! WTF?
Bila dapat tahu ia dah "sold-out" di CK Music, aku cuba mencarinya di tempat lain. Habis satu Malaysia aku cari benda ni (secara online lah), lepas survey cuma di MMO Music saja ia dijual dengan harga yang murah (semurah harga CK Music Year End Sale).
Dan beberapa hari selepas aku tempah dari MMO Music, tiba-tiba Bro Amizan SMS masih ada lagi satu unit benda ni di CK Music (display unit dalam entri ni?). *Sigh~* dah memang rezeki MMO Music nak buat macam mana? Lagipun MMO Music pun order stok dari CK Music juga kan?
Isi kandungan - The Pod itself, AC adapter (whopping 2000mA!), USB cable, thick pilot's manual (five languages), model gallery, warranty card and registration card. Err... Mana installation/software CDs?
Soalan khas untukAbang BenDr. Ben - Waktu bro beli Pod X3 Live dulu ada dapat apa-apa CD tak?
Menurut kata Engbok, sekarang dah tak pakai CD, semua driver dan sofware main download dari website Line 6 je (yeke?).
Some knobs and buttons.
Akupun secara jujurnya baru terokai (explore) 40-50% daripada fungsi Pod X3 ni - guitar/bass effects, vocal effects, dual-tone, two rigs at once. Bab Pod Farm dan digital recording belum lagi aku cuba. Aku belum pandai main gitar/bass, malu nak rakam... Tapi aku memang suka bab-bab sound engineering dan teknikal gitar.
Second input - khas untuk equipment yang menggunakan
soket XLR, contohnya mikrofon.
Selalunya waktu jamming dengan rakan-rakan (sama ada Hepi ;) ataupun Metuk Ulau Projekt) memang 80% aku yang jadi vokalis merangkap bassist (atau kadang-kadang third guitarist). Jadi kalau dapat kawal kedua-dua efek (bass dan vokal) pada masa yang sama tanpa perlu membawa pedal efek yang berlainan (terutamanya efek vokal yang mahal dan susah nak cari), ini sudah kira bagus!
Sebab tu fungsi dual-tone (one instrument with two sound settings) dan two rigs (guitar+vocal or bass+vocal or guitar+bass or guitar+guitar) merupakan punca utama kenapa aku suka Pod X3 ni.
Perbandingan saiz dengan netbook Lenovo S10-2 aku.
Nak cerita apa lagi eh pasal Pod X3 ni? Terlalu kompleks dan teknikal untuk cerita semuanya dalam satu entri blog ni. Mungkin aku akan sambung lagi dalam entri yang lain secara berperingkat (kalau ada masa dan idea).
To be continued...
[Edited @ 9.00 am] Pod HD (300, 400, 500, Desktop) boleh guna untuk bass dan vokal juga ke?
_____
Ada apa: Apa? Alang-alang Pod HD terus?
2 komen:
KAYA
lebih kurang harga RG350M je ni... pembelian gila2 terakhir zmn bujang dulu
skrg ni hehe pyh sket la
Post a Comment