Selepas game Tomb Raider I, II, III Remastered, ada beberapa game daripada Steam yang sudah masuk bakul setiap kali ada promosi diskaun sehingga 70%. Tetapi masih belum dimuat turun apatah lagi dimainkan, kerana kapasiti PC harian Core i3 picisan aku sudah penuh.
Antaranya BioShock: The Collection, Doom 2016 dan paling baharu Tomb Raider IV, V, VI Remastered. Akan dibuatkan entri berasingan jika telah dimuat turun dan dimainkan kelak.
Juga ada game Steam yang tak pernah (terlupa) dibuatkan entri AADI sebelum ini, contohnya Metro: Last Light (Mei 2023), The Witcher 2 (Ogos 2023), Fallout: Classic Collection (Ogos 2023) dan Firewatch (Januari 2024). Ada yang belum dimuat turun dan ada yang tidak dimainkan kerana kekangan perkakasan PC yang bawah par.
Inipun sudah enam bulan aku tak main game, baik platform PC (Steam) mahupun PS4. Mood main game ni tak boleh dipaksa, nanti ada ketikanya ia akan kembali secara *semula jadi.
_____
AADI: *Dan Mrs. Ijau pun akan mula geleng kepala...





0 comments
Post a Comment