Man cave IDK. |
Untuk PKP fasa ketiga nanti, mungkin akan cuba menghabiskan game Tomb Raider Definitive Edition yang sebelum ini menerima nasib yang sama seperti TLOUR di atas. Teringin juga nak beli game baru sama ada Days Gone atau The Outer World, tapi was-was sebab lepas PKP nanti, belum tentu ada masa untuk rancak berkonsol seperti sekarang.
Gitar? Hehehe... Siang sibuk dengan aktiviti kekeluargaan, malam pula nocturnal gaming, kadang-kadang memang *tak tersentuh pun gitar walaupun bersebelahan konsul. Kalau ada pun biasanya hanya sempat 10-15 minit sehari untuk menghilangkan gian, selain cuba untuk memainkan riff-riff Mick Gordon seperti dalam game Doom 2016.
Ya, tak tersangka pula PKP bakal masuk fasa ketiga sampai bulan puasa. Nampak sangat tiada harapan untuk balik raya di Membakut tahun ini kerana sudah pasti sempadan Malaysia-Brunei masih tutup. Nak balik guna udara pula banyak kerenah birokrasi selain Mrs. Ijau yang masih mabuk trimester pertama.
Stay safe, stay at home, rip and tear!
_____
AADI: *Blogging pun sama...
2 komen:
Untung laa... aku WFH dah sama macam kat opis sebenar dah....tambah letih lagi...letih menunggu line tenet yang hampeh....nak tulis blog pun jadi malas....
PKP fasa 3 esok aku dah start kerja, kena datang ofis... essential, tapi bukan 8-5 la
Post a Comment