
Manga terkenal (yang kemudiannya diadaptasi menjadi anime) hasil nukilan Takehiko Inoue pernah menjadi hype suatu ketika. Isu #1 (gambar di atas) dibeli secara tidak sengaja sekitar penghujung 1994 kerana hampa komik Jejak Wira belum ada di pasaran. Jalan cerita yang menarik dan lucu sehingga aku ketawa terbahak-bahak, membuatkan aku bertekad untuk untuk terus mengikutinya sehingga habis.

Dikeluarkan sebulan sekali (atau kadang-kadang mencecah 3-4 bulan sekali), dengan keluaran terakhir #31 pada tahun 1998 (atau 1999, akupun dah lupa). Dalam jangkamasa tersebut aku ada tercicir dua keluaran.

Koleksi aku hanya lengkap sekitar pertengahan 2008 dengan pembelian keluaran #25 dan #28 yang merupakan cetakan kedua (atau ketiga kot?) dari segi visual sedikit berbeza berbanding cetakan pertama.
Ia menjadi bahan bacaan santai bersama-sama komik Jejak Wira, Raja Rimba, Dewata Raya, Jengking Merah dan X-Men. Manga ni juga membuatkan aku meminati bola keranjang sehingga menjadi seorang daripada ahli pasukan dan juga pengerusi persatuan bola keranjang sekolah menengah ketika itu (1995-1996).
_____
Ada apa: Kali terakhir aku main bola keranjang penghujung tahun 2006...
5 komen:
aku penah baca buku doraemon anak sedara aku punya terjemahan melayu,tapi aku tak paham,pasal bahasanya tunggang tebalik..dah mcm subtitle malay dlm dvd pirate tu..heheh
sekolah ko takder cina ker?...setau aku kat belah semenanjung ni memang kalau basketball dorang la conquer...budak melayu main bola atau takraw ajer...
rafi:
doraemon tu yg bawa masuk m'sia kompeni yg sama (tora aman), xheran la klu mutu terjemahannya sama (direct translation)
berteromber:
kat sekolah aku dulu bdk2 cina xramai, blh kira dgn jari per kelas... dlm persatuan pun cuma ada 2-3 org je yg join
aku pembaca komik tegar tapi kalau komik pasal sukan mmg aku kurang sikit. zaman zaman 1999-2002 komik no.1 yang aku minat ialah GTO . hahaha
GTO yg masuk m'sia dah xbest, sbb byk censored
Post a Comment