Beberapa hari lepas YouTube Toei Animation mengeluarkan video komemoratif bersempena ulang tahun ke-25 One Piece dalam bentuk siri animasi (anime).
Untuk versi umum (komik/manga) sudahpun dibuatkan entri ulang tahun ke-25 pada 2022, tak lupa entri anime episod ke-1000. Juga pernah dibuatkan entri merapu ketika ulang tahun ke-20 pada 2017. Jadi tak perlulah aku ceritakan sekali lagi impak One Piece dalam kehidupan remaja hingga dewasaku.
Aku sudah berhenti layan anime One Piece sejak 2018 (Whole Cake Island arc) atas sebab kekangan masa. Tapi kalau versi manga (komik online) masih diikuti sehingga episod terkini #1116, supaya tidak ketinggalan cerita yang telah diikuti sejak sekian lamanya.
Lagu yang membuatkan aku mengenali Masterplan.
Meminati One Piece sudah tidak seeksklusif seperti 10 tahun lepas kerana ia kini sudah semakin mainstream, lebih-lebih lagi dengan adaptasi live action oleh Netflix. Kalau dulu boleh berkongsi cerita berjam-jam dengan segelintir nakama yang terpilih, sekarang bila dengar generasi muda mula bercerita pasal One Piece, kita yang tua ni diam-diam sajalah, padahal dalam hati...
_____
AADI: ..."The One Piece is real!"
0 comments
Post a Comment