Katanya siri Anime One Piece kini mencecah episod 1000. Walaupun versi manganya sudah mencecah #1032 ketika entri ini ditaip, tapi animenya juga cepat mengejar...
Intro episod 1000 katanya tribute untuk episod-episod awal yang menggunakan lagu We Are. Serius, aku membesar dengan siri One Piece ini, dari penghujung zaman remaja sehingga kini 40an. Pernah dibuatkan epilog dalam entri One Piece 20th Anniversary beberapa tahun lepas:
"Aku mula mengenali siri ini daripada komik versi terjemahan Comics House dengan tajuk Budak Getah sekitar penghujung 90an. Versi anime pula mula dilayan sekitar 2003, dan masih aktif *menyedutnya sehingga kini, keh keh keh..."
Banyak yang aku boleh buatkan entri pasal One Piece ini, tapi rasanya tak perlulah sebab nanti jadi panjang pula.
Entri tahun 2009. |
Aku harap Oda-sensei (Eiichiro Oda) diberikan kesihatan holistik supaya beliau dapat menghabiskan siri One Piece ini walaupun memakan masa lagi 10 tahun (janganlah~).
_____
AADI: *Versi sedut-sedut kini baru episod 950+.
3 komen:
1000? aku satu pilem pun nak abiskan mau seminggu.
sehari 20 minit je sanggup tengok. haha
gila lama hahahha
sejak 4-5 tahun lepas layan versi manga (komik) online saja, biasanya episod terkini akan keluar setiap Jumaat
dengan gaya hidup sekarang, mana ada masa nak layan versi anime, sedut je dulu...
Post a Comment