Semenjak "Hugh announcement" September 2022, memang tak sabar untuk menonton filem ini dan pastinya akan ditonton pada hari pertama, apa kelas tunggu hujung minggu? Memilih tayangan 7.30 malam tadi di GSC Bintulu, waktu tayangan yang agak mesra ayah.
Dengan memakai jaket Avengers untuk semangat lebih dramatik, tak sangka pula terjumpa dengan geng Kaki Wayang Bintulu - Adi Herman, Young Ariff, Marus/Murad, Nasuki Malim dan Nazre yang pergi bersama-sama Adam John dan geng Tebabo! (akan beraksi Sabtu ini) menonton tayangan yang sama.
Secara terang-terangan Deadpool mengutuk Disney kaw-kaw, terutama yang berkaitan wokeness, LGBTQ+, pronounces, girl-bosses, multiverse dan jalan cerita mengarut MCU selepas Endgame. Cameo pastinya ada, yang dijangka pun ada, yang tidak disangka-sangka pun ada. Selebihnya memang fan service setaraf No Way Home, walaupun jalan cerita tak seberapa.
Mid life crisis. |
Pendapat aku, sepatutnya watak Laura/X-23 tidak di"spoiler"kan dalam trailer terakhir minggu lepas. Kalau tidak, impak emosi pasca-Logan pasti lebih terasa ketika babak Laura diperkenalkan bersama watak-watak legasi yang lain - merah, hitam dan ungu.
Rasanya itu sahaja yang boleh aku jadikan entri tanpa membuka segala spoiler... Jika anda peminat franchise X-Men era 20th Century Fox, sila tonton. Jika anda peminat Wolverine, wajib tonton!
Teringat entri filem X-Men Origins: Wolverine 15 tahun lepas dengan gaya penulisan ketika itu...
_____
AADI: Thank you Ryan Reynolds.
0 comments
Post a Comment