Dalam entri pengenalan Woody (Cort G200DX) minggu lepas aku ada nyatakan bahawa disebabkan bentuknya yang offset, gitar ini tidak muat dalam peti cap buaya.
Bentuk dalaman GC-ELECTRIC-A ini adalah untuk menampung bentuk Fender Stratocaster, Telecaster dan superstrat simetri yang seangkatan - Charvel So-Cal/San Dimas, Jackson Soloist/Dinky, Ibanez RG/S.
Tetapi tidak pada gitar ini dan Cort G-series secara amnya, kerana tanduk atas sangkut pada pembahagi dalaman peti.
Tapi tak mengapa, gitar ini tidak akan disimpan dalam peti buaya ini, paling-paling pun dalam gigbag sahaja kerana ia dijadikan gitar harian dan akan sentiasa diletak atas stand.
Dilema kedua pula, *tak sabar nak pasang set Lace Alumitone HSS yang tersadai sejak dikeluarkan daripada ex-Mr. Smith. Tujuan utama gitar ini diperolehi pun sebenarnya adalah untuk menjadi perumah kepada set pikap tersebut. Ironinya, kalau ikut harga runcit, set pikap ini lebih mahal berbanding harga runcit G200DX.
*Akan diberi "tempoh bertenang" sehingga pertukaran tali yang akan datang.
_____
AADI: Iklankan di Jamtank pun tak ada yang berminat set pikap ini, nasiblah.
0 comments
Post a Comment