Sebuah singlecut Eclipse versi LTD, model EC-256 Black, diperolehi daripada Dead Eye Guitars (DEG). Spesifikasi penuh boleh layari website rasmi ESP Guitars.
Telah terGAS dengan EC-256 terutamanya model EC-256FM Lemon Drop sejak 2012 (merapu dalam beberapa entri). Tapi model tersebut tak masuk pasaran Malaysia, yang ada cuma EC-256FM Cherry Burst. Dan apabila model Black (Les Paul Custom wannabe) mula masuk pasaran Malaysia pada Q4 2014, maka secara otomatik ia telah memotong barisan.
Sebenarnya pembelian telahpun dirancang sejak penghujung Disember 2014, dan seboleh-bolehnya dimiliki pada minggu pertama Januari 2015 (birthday? Hehe). Tapi atas sebab-sebab logistik, ia tertunda sehingga minggu ketiga Januari.
Gambar-gambar tambahan boleh didapati di sini (gitar yang sama).
Kebanyakan model-model terkini LTD siri 300 ke bawah adalah buatan Vietnam, EC-256 ini tidak terkecuali. Aku perasan LTD buatan Vietnam ni ada sedikit "sloppiness" berbanding LTD buatan Indonesia (Mirage), tapi tak mengapa (parap -parap) masih boleh diterima.
Ruang kaviti dan pendawaian yang agak ala kadar. Pendawaian akan dikemaskini sekiranya ada proses penukaran pikap kelak (mungkin Tesla). Buat masa ini selagi tiada masalah, ia akan dibiarkan begitu sahaja (jangan baiki benda yang tak rosak).
![]() |
Black and gold, not blue and white! |
- Extra jumbo (XJ) frets dan radius 350 mm, standard LTD (seperti Mirage), Les Paul pula medium fret dan radius 304.8 mm (12").
- Jumlah dan kedudukan tombol-tombol yang agak berbeza.
Seperti biasa, disertakan dengan "hadiah percuma" D'Addario NYXL (9-42), manakala EXL140 (10-52) dan Jim Dunlop 427PJP Petrucci picks merupakan pembelian sampingan.
Nickname? DARK MOON bersempena nama "special attack" kapak bernama Eclipse (duh~) dalam game Blade Of Darkness.
Eclipse - Image Blade-Game. |
_____
Ada apa: Main influence? Thomas Youngblood.
7 komen:
aku baca post ni terus aku teringat lagu Rod Stewart
"Some guys have all the luck"..
Enjoy and have fun.
Sama mcm ltd pakcik hetfield ke ni?
Untunglah ada 5....aku ada satu pun dah naik berkarat talinya...
deaf:
itu belum lagu kylie minogue lagi
rafi:
pak het guna eclipse ESP... tapi kalau kau mention pasal LTD truckster atau ironcross, mmg shape yg sama la
berteromber:
berkarat? sedih™
jadi ada 5 lah gitar letrik kamu ya. fuhh mantap tu.
Teruk sangat GAS ni. Hahahaha lagi teruk dari LP tau.
d'arsil:
gitarnya yg mantap, tapi mainannya belum mantap2 lagi
muspeed:
hahaha GAS yg ni bukannya selalu...
Post a Comment