Antara satu kelemahan aku bab kegitaran ini ialah pantang tengok harga pikap yang menarik, promosi atau pada harga pra pandemik, pasti akan tertarik. Kesudahannya, tersadai dalam stok peribadi kerana belum ada gitar perumah yang sesuai.
- Lace Alumitone + Deathbucker - pernah beberapa kali dipasang pada Shiro, Goldie, Tigera dan ex-Praetor, tapi akhirnya dikeluarkan atas sebab-sebab tertentu.
- Seymour Duncan JB Trembucker (dalam kotak 59 Trembucker) - aka JB kontot, pikap ini aku "lowball" serendah-rendahnya atas alasan wayar telah dipotong terlalu pendek. Pernah dipasang pada ex-Mr. Smith dan ex-Praetor.
- Seymour Duncan Jazz - pernah dipasang pada ex-Praetor bersama-sama JB kontot di atas. Dikeluarkan kerana gitar tersebut telah dijual dengan pikap asal.
- Seymour Duncan Vintage Blues Set - yang ini masih belum pernah dipasang pada mana-mana gitar. Terkejut tengok harga semasa untuk model ini yang hampir dua kali ganda mahal.
- Seymour Duncan Blackouts AHB-1N (dua unit) - pernah dipasang pada Shiro tetapi dikeluarkan semula untuk kembali menggunakan pikap asal.
- DiMarzio D Sonic Camo - dengan kemasan bobbin camouflage yang rare, sebahagian daripada koleksi peribadi. Juga belum pernah dipasang lagi.
- Julianbucker - diperolehi daripada lagenda blues Malaysia, Julian Mokhtar. Yang ini perlu dicari gitar perumah segera dan digunakan sendiri. Jika didagangkan semula hampir tiada nilai. Pernah dipasang pada abang long Goldie, tapi dikeluarkan untuk memberi laluan kepada set Gibson 490R/T.
- Epiphone Alnico Classic chrome (dalam kotak Hot Rodded set) - perolehan Shopee khusus untuk abang long Goldie. Tapi dikeluarkan jua apabila ada lagi set pikap yang lebih terliur untuk dipasang.
- Epiphone Alnico Classic gold (dalam kotak DiMarzio) - pikap asal gitar rimau Tigera yang kini bernadi DiMarzio PAF Pro + Super 3. Ikut pengalaman aku, pikap asal sesebuah gitar lebih baik disimpan sebagai backup untuk mengekalkan nilai gitar tersebut.
Worst case scenario, beberapa pikap mungkin akan didagangkan semula untuk modal pusingan (GLTL). Dengan harapan dapat dikekalkan pada harga asal (balik modal) atau mengikut harga semasa yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi untuk pikap yang belum pernah dipasang.
_____
AADI: Tapi masih terGAS untuk mendapatkan pikap model tertentu.
0 comments
Post a Comment