Menghabiskan cuti hujung minggu dan cuti CNY dengan bercuti balik Sabah menggunakan tiket tahunan (PP Bil. 22/2008). Tahun ni ada sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun sebelumnya kerana tahun ni dah layak tempah tiket tahunan untuk dua orang, tahun depan insya-Allah untuk tiga orang pula.
Naik MASwings je...
Teringat gambar kipas pesawat
dalam entri Adi Herman tak lama dulu.
Dah kebetulan ada kemudahan tiket tahunan, pakai sajalah kan? Lagipun sekali-sekala balik Sabah naik belon kapalterbang pun agak santai dan rileks juga, lebih-lebih lagi kali pertama terbang bersama Mrs. Ijau. Lagipun penerbangan dari Bintulu ke Kota Kinabalu hanya mengambil masa 1 jam 15 minit.
Sempat mengintai Dunkin' Donuts di T1 KKIA.
Disebabkan line 3G di kampung aku agak terbatas dan lambat, sebab tu beberapa hari yang lepas aku macam malas nak buat entri blog, hehehe... Tapi tak apa, aku dah selongkar arkib dan koleksi lama aku di kampung, ada banyak benda yang boleh dibuatkan entri blog.
_____
Ada apa: Macam mana agaknya nanti kalau balik bertiga ye?
1 comment
best eh..
satu hari nak travel gi tempat ko ni la macam gini.
Post a Comment