Mendiami rumah ini sejak 1989, mula ditinggal-tinggalkan pada 1997-2001 ketika bergelar siswa USM, 2002-2006 sambung kerja di Penang dan 2006 hingga kini kerana bekerja dan bermastautin di Bintulu. Hanya balik kampung waktu cuti sekolah dan perayaan, biasanya setahun 2-3 kali. Paling lama ditinggalkan waktu PKP dulu selama 30 bulan tak dapat balik.
Baru sampai beberapa hari lepas bersempena cuti raya. Tapi kali ini agak sugul kerana tiada lagi insan yang duduk di tangga menanti kepulangan kami. Rumah ini pun jarang-jarang ada penghuni, hanya dilawat setiap petang oleh kakak aku (ibu Aizuddin Madani) yang tinggal 2-3 blok tak jauh dari rumah ini. Kini giliran kami untuk menghidupkan suasana raya rumah ini sebelum kakak aku yang seorang lagi tiba dari Lahad Datu bersama keluarganya.
Dalam kesempatan yang ada, AADI ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan bloggers, pengikut dan pembaca senyap AADI. Rehat berblog dulu beberapa hari, healing-healing...
_____
AADI: "Bonda, akhirnya terbongkar jua rahsia..."
1 comment
Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin
Post a Comment