
Semenjak dah menjadi duta (tak bertauliah, hahaha!) CK Music, sering kali rakan-rakan turut memesan barangan CK Music melalui aku, walaupun aku tidak mendapat apa-apa diskaun tambahan dari CK Music.
Bungkusan poslaju dari CK Music kali ni diterima pagi tadi, berisi benda yang dipesan minggu lepas oleh rakan seMUUV yang kini lebih berminat kepada fotografi dan rakam-merakam iaitu si Korawk.

Ia berisi Zoom Q3HD handy video recorder, dibeli dengan harga diskaun 30% (RM749) sempena 2012 Spring Clearance & Promotion CK Music, ia lebih murah berbanding harga ketika Year End Sale tahun lepas (RM802.50). Harganya turun mungkin disebabkan faktor model baru Q2HD yang lebih canggih bakal dilancarkan Ogos nanti.

Package includes Q3HD itself, 2x Maxell AA alkaline batteries, Kingston 2GB SD memory card, manuals, warranty card, CK Music receipt and some assorted Planet Waves and in-house picks.
Pada mulanya, Korawk ingin memesan model H1 yang katanya ingin digunakan untuk merakam audio sessi gig di Sibu bulan Julai nanti. Tapi atas sebab-sebab peribadi, ia ditukar dengan model Q3HD. Daripada cuma dapat merakam audio, lebih bagus merakam videonya sekali kan? In high definition yo!

Masih lagi virgin berplastik (sealed). Jangan khuatir Korawk, aku keluarkan hanya untuk sessi fotografi sahaja, biarlah tuan punya yang merasmikan dan memandu-ujinya kelak. Harap-harap ada entri khas untuk ulasan benda ni di blog GKS.

In-house (CK Music's) and Planet Waves picks, yang ni sebenarnya untuk menggenapkan bayaran menjadi gandaan RM10. Lagipun aku memang nak sangat pick CK Music tu untuk koleksi aku, kali terakhir aku dapat pick CK Music ni waktu beli B2 tiga tahun lepas.
Korawk, ada apa dengan Zoom Q3HD?
_____
Ada apa: Lepas ni boleh rakam sessi jamming Metuk Ulau Projekt, in high definition!
3 komen:
ada satu tu leh cucuk gitar terus .. mana ko tau bakal release utk zoom .. share the link pls .. aku kononnya la ni target zoomr8 hujung tahun ni .. mana tau ada produk baru utk 'R' series ni .. ada chan turun harga ...
kat website samsontech ada mentioned "available august 2012", mungkin ogos tu utk pasaran US, pasaran asia xtau bila, sila check link atau kontek ckmusic
aku ada tengok benda ni haritu, tapi lepas baca reviewnya, tak jadi terus
Post a Comment