Terasa GAS untuk mendapatkan sebuah pedal distortion jenis "metallic", dan pada mulanya ingin mendapatkan kembali Boss MT-2, tapi Death Metal dipilih atas faktor-faktor ekonomi dan faktor keMATIannya (the DEATH factor) walaupun aku tak main genre death metal.
Cara mengakses ruang bateri pedal ni sama seperti pedal-pedal Behringer. Jika pernah memiliki pedal Behringer pasti tidak mengalami sebarang masalah untuk membukanya. Digitech juga bermurah hati kerana membekalkan pedal ni dengan bateri 9V jenis alkali (Energizer terus!~) dan bukannya jenis zink karbon.
Kenampakan perkataan DIGITECH GRUNGE yang dicetak pada papan litar, mungkinkah pedal Death Metal dan Grunge memiliki papan litar dan chip yang sama? Oh ya, suisnya pun sama kecil seperti Behringer. Tapi aku pasti, Behringer yang "meminjam" rekaan sebegini daripada Digitech.
Satu perkara yang menarik mengenai pedal ini, ia tidak memiliki tombol GAIN, hanya ada tombol LEVEL (volume) dan 3-band EQ (LOW, MID, HIGH). Macam malas nak buat ulasan, rasanya video di bawah ni lebih sesuai menerangkan karekter pedal ni.
Bagi aku, ia sesuai untuk mendapatkan bunyi "rectified" ala Roy Z seperti dalam album Tyranny Of Souls. Selebihnya, masih relevan menggunakan DS-1. Kelebihan? Kelemahan? Demo? Tak perlulah kerana (seperti biasa) ini hanyalah entri temberang.
_____
Ada apa: Seventh distortion pedal? Need to trim the herd...
3 komen:
Aku ingatkan ko nak cite pasal wolvarine x men..heheh..pasal bulan ni issue komik death of wolvarine laris mcm goreng pisang
wahhhh sama laaaa
rafi:
tiada istilah mati dalam komik marvel mahupun DC (dan komik tony wong)
mba:
keras dah agak ekonomi
Post a Comment