Sebuah Fender Telecaster dan sebuah singlecut ala Les Paul jenama Harmonics. Telecaster ingin diservis "tengok-tengokkan apa yang patut", manakala Les Paul ingin tukar isi perut baru (overhaul, new wirings) dan setup action sebab ada dead note pada fret bawah.
Untuk entri ni aku hanya akan cerita pasal Telecaster ni, Les Paul Harmonics tu aku akan buat entri berasingan. Sekali imbas memang nampak cantik kan? Masih baru, bau kayunya pun masih kuat.
Kemasan atas amber sunburst yang cantik dengan corak kayu poplar, ada binding tepi. Standard T-style SS singlecoil pickups, cuma aku kurang familiar dengan bridge jenis sebegini.
Fender, made in USA eh? |
Ok, selepas 5-6 minit memegangnya, aku perasan ada beberapa perkara yang tak kena dengan gitar ni - hujung fret kasar, tuning peg (gambar atas) ada sticker putih yang meragukan.
Area bolt-on, neck lebih lebar ~2 mm daripada neck socket. Ok sah, ini bukan Fender original. Tak sampai hati cakap "tiruan" pada tuan punya, hanya cakap "replika" sahaja. Tuan punya memuji aku sebab dapat kesan gitar ni bukan original (kembang la sikit), dia kata harga gitar ni RM5XX sahaja. Fuh, untuk gitar replika, dari segi pertukangan ia boleh dikira masih berbaloi per harganya.
Sempat menjenguk isi perut, menggunakan suis dan pot jenis Alpha berbanding CTS dan Fender-style 3-way switch. Dengan bau harum kayu yang familiar seperti bau gitar-gitar Ibanez RG/GRG-series (GRG270, RG350M, RG331M), aku pasti ini kayu basswood. Begitu juga dengan kemasan atas poplar tadi, bukannya kayu poplar betul, tapi hanyalah veneer.
Aku tak tau macam mana nak servis "tengok-tengokkan apa yang patut". Buat intonation pun agak mencabar untuk bridge jenis sebegini, string senang "melompat" kalau strumming ganas, sebab alur saddle yang tidak munasabah.
Selain intonation dan action, tiada apa-apa yang aku boleh buat, wiring pun tak ada masalah. Cuma aku boleh cadangkan tuan punya tukar tiga benda kalau nak gitar ni jadi hebat:
- Tuning peg @ machine head - bending sikit, dah lari talaannya, cari machine head yang lebih stabil.
- Bridge - seperti yang aku ceritakan di atas tadi, mungkin boleh ganti dengan saddle jenis blok.
- Pickups - tuan punya nak main metal, tapi pikap stok agak tidak menepati citarasa untuk metal, kuat humming, kurang-kurang kena guna pikap jenis rail, stacked-singlecoil atau pikap aktif.
_____
AADI: Kenapa tak pilih Squier? Lagi puas hati.
0 comments
Post a Comment