Lagu-lagunya sudahpun dilayan sejak tahun lepas menerusi format mp3 (sedut) sebelum memiliki album fizikal ini. Jadi tiada spoilers dan tidak janggal bila mendengarkannya semula. Muzik masih trademark Kamelot yang melodik, ditambah dengan elemen orkestra secukup rasa tanpa menenggelamkan asas metal.
Apa yang menarik dalam album ini, Tommy Karevik berjaya "mereplikasi" gaya vokal mendayu-dayu Roy Khan. Berbanding album sebelum ini Silverthorn yang menyaksikan Karevik seolah-olah bergelut untuk mendapatkan gaya vokal trademark bekas vokalis Kamelot tersebut.
Bagi mereka yang tidak mengikuti perkembangan Kamelot dan melangkau album Silverthorn, jika mendengarkan album ini pasti tidak akan perasan mereka sudahpun bertukar vokalis.
Sudah menjadi kebiasaan, ada beberapa artis jemputan seperti album-album Kamelot sebelum ini. Untuk Haven ada Alissa White-Gluz (Arch Enemy) lagi, Troy Donockley (Nightwish) and Charlotte Wessels (Delain).
Alissa yang terkenal dengan vokal growl dalam Arch Enemy juga memiliki vokal bersih (@3:24) setanding dengan vokalis wanita lain yang pernah diundang dalam album-album Kamelot terdahulu (Simone Simons, Elize Ryd, Amanda Somerville dan Mari Youngblood).
Sebagai peminat Kamelot yang suam-suam kuku, aku berpendapat Haven ini lebih mantap berbanding Silverthorn. Mungkin keserasian (chemistry?) antara ahli kumpulan kembali dimiliki. Sudah bersedia untuk album studio ke-12 Kamelot tahun depan?
_____
AADI: Jangan lupa layan juga EP Kazanna The Final Dimension.
1 comment
Kamelot ni aku dgr2 gitu je kt utube.tak pernah dengar full album.nanti aku try la beli satu
Post a Comment