Agak tertinggal bas, tahun 2025 barulah tertarik picu untuk mendapatkan album Peluru Cokelat dalam format CD audio daripada platform Shopee rasmi Pentas Barbarik. Ini versi CD audio biasa tanpa otograf mahupun nombor siri.
Selepas dirilis beberapa bulan lepas, pernah juga sekali dua mendengar beberapa lagunya yang ada dalam YouTube seperti Peluru Cokelat, Golok Kayu dan Didakap Pesona. Secara peribadi, aku mendapatkan album ini semata-mata untuk mendengar kerja gitar JoBranko.
Kalau lagu-lagu secara keseluruhan, agak sukar untuk aku hadam atau feel. Mungkin ekspektasi aku terlalu tinggi menyangkakannya setaraf album-album Mus bersama Wings. Mencari Asal Usul masih tetap menjadi album Wings era Mus kegemaranku.
Album ini hanya ada enam lagu kerana lagu ketujuh Gelap Nan Terang merupakan lagu intsrumental lama, selalu sangat dengar JoBranko main lagu ni secara live. Manakala lagu kelapan pula adalah versi radio edit lagu ketiga Didakap Pesona. Untuk ulasan yang lebih ohsem silalah singgah blog Portdy dan Berteromber.
![]() |
Boss Digital Dell DD7? XL9-2? |
Tiada lagi ejaan COUSTOM atau AKOUSTIC dalam senarai rig JoBranko dalam inlay kali ni. Tapi aku rasa masih orang yang sama yang menaip inlay Menakluk Kosmos dan Prima Domestika berdasarkan typo "Dell" dan "XL9-2" di atas.
_____
AADI: Malas nak ulas pasal Prime Domestica mahupun PrimeD.
2 komen:
Sebenarnya semakin berusia ni semakin sukar otak nak menerima masuk muzik baru walaupun ianya dihasilkan oleh band/artis yang kita suka.... Pusing2 pun akan tetap cari yang lama...
itupun satu hal...
satu lagi kebelakangan ini seperti sudah tiada kehangatan untuk mendapatkan album-album terkini artis/band yang suatu ketika dahulu memang follow berabis
banyak dah aku ketinggalan bas - Metallica, Megadeth, Nightwish, Kamelot, Blind Guardian, HammerFall - ni semua band yang paling top dalam koleksi aku, tapi aku belum ada album terkini mereka, ada yang dah pun rilis dua album
Post a Comment