Firepower, album studio ke-18 Judas Priest ini antara album yang sentiasa dalam senarai buruan aku sejak ia dirilis awal tahun 2018. Beberapa kali ingin mendapatkannya tapi ia seperti dapat mengelakkan diri, sama ada tiada dalam pasaran tempatan, habis stok ataupun dijual pada harga yang tidak munasabah.
Teringat Iron Man suit Mark 42. |
Berjaya diperolehi daripada Inverno Music Station Melaka melalui platform Shopee mereka. Ini merupakan versi digipak/earbook tidak seperti versi jewel case Berteromber. Kalau diberi pilihan, aku lebih suka versi jewel case kerana lebih senang disimpan dan dijaga.
Aku bukanlah pengikut tegar Judas Priest, selain kompilasi Metal Works 73-93, dua album mereka yang aku ada Angel Of Retribution dan Redeemer Of Souls pun masih belum dibuatkan entri AADI. Tapi sebagai peminat heavy metal secara amnya, siapa yang tak suka muzik Judas Priest, kan?
Mengetengahkan hampir semua resepi klasik heavy metal dengan riff-riff moden, keras dan berat bisa hangguk kepala, solo-solo yang ringkas tapi masih bergulung dan lirik yang senang dihadam. Dengan album ini Judas Priest membuktikan heavy metal masih mampu menggegarkan industri muzik dan mengekalkan takhta "metal gods" mereka. Pastinya sebuah super album kerana tiada lagu yang bisa dilangkau.
Sebelum musim pandemik dulu, versi Spotify album ini bersama-sama album Dominion (HammerFall) merupakan album wajib didengar sebagai pembakar semangat ketika rajin berjogging (ketika itu). Menjadi soundtrack of my life disebabkan situasi tadi.
_____
AADI: Ritchie Faulkner pun antara gitaris generasi-X yang aku follow.
1 comment
antara yang terbestest dari mereka
Post a Comment