Sebelah petang hari pertama baru ada peluang meronda Amcorp Mall untuk mengembalikan nostalgia seperti entri-entri 2010an AADI. Entah selepas 11 tahun tak turun PJ, aku rasa agak hambar dan seperti tiada mood untuk melangkah masuk Amcorp Mall. Kehangatan itu sudah tiada...
Pertama sekali terkejut bila Victoria Music Centre sudah "tiada" kini ia menjadi premis menjual baju(?). Rupa-rupanya masih ada, cuma sudah berpindah lokasi, nasib baik tak jauh daripada lokasi dulu, aku dah hampir kecewa dan putus asa rasa nak balik.
Kononnya ingin membeli CD audio album warna kuning yang belum ada dalam koleksi. Tapi bila tengok harga memang ternyata harga CD audio kini melambung naik, rata-rata RM70-80 untuk satu album yang dahulunya boleh dapat bawah RM50. Manakala RM100-120 untuk album yang memiliki CD berkembar, contohnya Senjutsu. Album-album lama pun menerima tempias kenaikkan harga, contohnya album kompilasi ini yang sekarang sudah naik hampir empat kali ganda! Dengan alasan, triple discs.
Rumusannya, berhobi CD audio pun kini kosnya hampir mengejar hobi berpiring hitam. Aku tak beli pun album warna kuning tu, bajet yang aku ada (ketika itu) hanya mampu untuk membeli satu album *artis tempatan.
Ada juga cuba mengintai premis-premis lain yang biasa dilewati dahulu, tapi seperti perenggan pertama tadi, kehangatan itu sudah tiada...
_____
AADI: *Itupun terasa sedikit menyesal.
0 comments
Post a Comment