Setakat ini aku ada empat pasang sarung tangan tinju (gloves) - Everlast basic, Outshock BG120, BG500 dan Everlast Elite 2, kesemuanya bersaiz 14 oz. Sepasang yang kecil cap rimau (6 oz?) tu mainan anak-anak di rumah, manakala yang merah Outshock BG100 (10 oz) milik anak dara aku yang kadang-kadang ajak aku sparring di rumah. Dia dah tak ikut kelas tinju atas kekangan masa.
Dua daripadanya sudahpun dikira worn-out sejak entri tahun lepas dan tidak lagi dibawa untuk sessi latihan. Lebih-lebih lagi Everlast basic tu yang sudah dikira tahap mereput. BG120 walaupun sudah terkopek, tapi fizikal dan span/padding masih utuh, masih boleh guna setakat latihan di rumah.
BG500 pun sudah mula menunjukkan tanda-tanda koyak, tapi tidak kritikal kerana berada di bahagian tapak tangan (palm). BG500 setakat ini merupakan gloves yang paling sedap dipakai kerana bentuk yang ergononik dan terasa ringan walaupun bersaiz 14 oz. Tapi dek kerana bentuk tadi juga ia agak sedikit leceh ketika dipasang dan dibuka.
BG500 dan Elite 2 dipakai bergilir-gilir ikut sessi mingguan, biasanya aku akan guna Elite 2 untuk sessi sparring malam Rabu kerana padding yang lebih lembut mesra muka lawan serta senang dan cepat ketika dipasang dan dibuka.
Selama tiga tahun lebih aku bersukan tinju, dengan bangga aku mengatakan kesemua gloves aku tidak pernah berbau belacan. Selain penggunaan pembalut tangan (wraps) dengan betul, gloves akan sentiasa dilap dengan tisu basah setiap kali selepas sessi dan disidai untuk pengeringan udara. Disiplin yang sama juga dilakukan kepada helmet selepas sessi sparring.
Nak gloves yang tahan lama? Kena cari yang diperbuat daripada kulit tulen dan bukannya material sintetik polyurethane (PU).
_____
AADI: Teringin untuk mencuba gloves Adidas.







0 comments
Post a Comment