Kan? Entri-entri berkaitan tinju mula menyelit masuk AADI tahun 2023 ini.
Sarung tangan tinju (gloves) dan pita lilit (wrap) berjenama Everlast ini diperolehi daripada Shinobi Martial Arts Company melalui platform Shopee mereka. Bila sudah tahu saiz/jenis gloves yang sesuai barulah berani menarik picu untuk memiliki gloves sendiri.
Pemilihan gloves bergantung kepada faktor berat badan dan ukur lilit telapak tangan, untuk aku disaran menggunakan saiz 14 oz. Everlast dipilih kerana aku lebih kenal jenama ini berbanding jenama untuk sukan kombat lain.
Model yang aku pilih ini model beginner khusus untuk sessi latihan sahaja - menumbuk beg berat atau pad - dan bukan untuk sparring, selari dengan halatuju aku iaitu tinju untuk kesihatan (fitness) bukan halatuju untuk kombat (fighter).
PS Boxing Club memang ada menyediakan gloves dalam gym mereka, tapi atas sebab-sebab higienis disarankan guna gloves sendiri. Perlu ada hari yang khusus untuk mensanitasi dan menjemur gloves yang ada ini.
Cerita pasa higienis, selain fungsi perlindungan tangan tambahan, wrap ini juga sebenarnya menyerap peluh pengguna. Lebih mudah mencuci wrap berbanding mencuci dalaman gloves yang berbau peluh.
Mulanya memang rasa janggal menumbuk menggunakan gloves, seperti menumbuk sambil menggenggam sesuatu. Terasa tidak puas kerana penumbuk tidak 100% digenggam erat, kah kah kah... Sebenarnya itulah fungsi utama gloves (dan wrap), melindungi tangan pengguna daripada kecederaan. Terutama padding pada buku lima dan pengukuhan pada pergelangan tangan supaya tidak terkehel.
_____
AADI: Minggu ini tak ada sessi kerana cuti CNY.
2 komen:
tinju adalah sukan terawal yang aku tahu dalam hidup...lebih awal dari bolasepak...gara2 Muhammad Ali vs Joe Bugner...aku masih budak sangat masa tu...ingat2 lupa...yang aku ingat rumah aku penuh sekampung datang rumah nak tengok tv pasal tu jam rumah aku satu2nya yang ada tv (kenangan Kg Kangkar Tebrau 1975)
harapnya aku tidak HHTA dengan sukan tinju ni, inipun baru 3-4 sessi memang terasa perbezaan dari segi kesihatan (dan kesakitan) badan
Post a Comment