Sarung tangan tinju (gloves) *ketiga aku selepas hampir 11 bulan menyertai sukan tinju. Outshock Boxing Gloves BG500 Ergo 2.0 ini diperolehi terus daripada website Decathlon Malaysia dengan penghantaran percuma menggunakan SkyNet.
"Designed for intermediate boxers looking for versatile gloves for medium-intensity training while sparring or with the punching bag."
- Website Decathlon.
Seperti gloves aku yang lain, saiz (berat) 14 oz dipilih, tapi ia terasa ringan dan kecil berbanding Outshock BG120. Mungkin disebabkan rekabentuknya yang tirus dan streamlined membuatkan minda berfikiran sedemikian. Hmmm, ataupun sepatutnya aku ambil saiz 16 oz?
>|ADVNCD sebenarnya kependekkan untuk ADVANCED. |
BG500 ini buatan Pakistan berbanding Vietnam untuk BG120. Memiliki reka bentuk yang lebih moden terutama padding tambahan pada pergelangan tangan berfungsi sebagai perlindungan dan sokongan terutama ketika posisi high guard.
Selepas menggunakannya untuk beberapa sessi, ia terasa lebih selesa kerana padding yang seragam sekeliling penumbuk dan padding tambahan pada pergelangan tangan tadi. Tidak seperti BG120 yang hanya tebal pada bahagian buku lima.
Hanya satu kelemahan gloves ini ialah sistem velcro yang digunakan agak pelik berbanding sistem velcro klasik, membuatkan akses memasukinya agak sempit, terutama jika tangan berbalut tebal atau menggunakan Liner Glove 500 Ergo. Mungkin disebabkan itulah ada tali tambahan untuk membantu pemasangan.
Padding tambahan pada bahagian pergelangan. |
Pendapat aku, ia bukanlah glove yang sesuai untuk beginner atau cardio boxer. Untuk haluan itu aku sarankan model BG120 atau apa-apa model siri 100 yang lebih berbaloi per harga.
Ia akan menggantikan gloves Everlast aku untuk sessi sparring kerana ringan (subjektif), padding yang seragam tapi tidak berapa tebal, lebih lembut dan agak mesra muka lawan berbanding BG120.
Pembelian sampingan, juga produk tinju Outshock - pembalut tangan (hand wrap) siri 500 dan pelindung mulut (mouth guard) juga siri 500.
*Kenapa perlu lebih daripada satu gloves? Sama sahaja alasannya seperti hobi lain, contohnya gitar... Lagipun gloves Everlast aku sudah menunjukkan tanda-tanda wear and tear selepas 10+ bulan digunakan.
_____
AADI: Tahun depan cuba dapatkan siri 900 pula (tu dia~).
0 comments
Post a Comment