![]() |
Digipak *sigh*~ |
DVD bonus yang disertakan bertajuk St. Anger Rehearsals, mengetengahkan persembahan Metallica ala-ala jamming (rehearsal) dalam sebuah makeshift studio (?) untuk semua lagu-lagu dalam album ni. Aku suka tengok rakaman persembahan sebegini, lebih kurang macam dalam VCD Teori Domino Revisited Jamming Session 07.1.
Cuma aku agak hairan pakej digipak album yang aku perolehi ini tidak mengandungi booklet, mungkin tercicir atau hilang, album ni pun agak terpakai (used).
Versi kaset diperolehi di sebuah premis aras dua (lupa nama) di Kompleks Bukit Jambul sekitar penghujung 2003. Ketika itu aku bercadang untuk mendapatkan versi CD tapi aku "diselamatkan" oleh kegawatan ekonomi peribadi, maka pulanglah dengan versi kaset (dan segulung poster besar). Di rumah, album ni dilayan menggunakan Walkman, ketika itulah aku rasa bersyukur kerana tidak mendapatkan versi CD...
Untuk ulasan panjang lebar daripada pakar, boleh baca entri blog Molotov Cocktailz.
_____
Ada apa: Kentang kentang kentang...
5 komen:
tak pernaah dengar, mungkin takkan dengar selamanya hehe
Frantic tic toc kentang kentang!
Sepatutnya ada booklet
Kentang!....kentang!...kentang!....
aku suka lagu some kind of moster haha
Post a Comment