Set sarung tangan tinju (gloves) dan pembalut tangan (wraps) tinju ini diperolehi daripada Shinobi Martial Arts Company melalui platform Shopee mereka. Tempat yang sama aku mendapatkan gloves pertamaku.
Ini merupakan jenama mereka sendiri (in-house brand) yang katanya menjadi gloves rasmi pertandingan The Arena Championship. Aku memilih versi training berbanding versi sparring kerana lebih banyak latihan heavy bag dan padding berbanding sparring. Lagipun versi sparring harganya hampir dua kali ganda lebih mahal.
Percubaan untuk gloves murahan, kedua-dua gloves dan wraps ini dengan pengeposan tak sampai pun RM60 (mengambil peluang jualan 4.4 Shopee). Kalau set ini dapat bertahan sehingga dua tahun sudah dikira berbaloi, berbanding gloves mahal melebihi RM100 tapi dengan ketahanan sama.
Dan saiz (berat) 14 oz tetap menjadi pilihan, tak berani nak ambil 12 oz, risau tak muat terutama bahagian ibu jari. *Reka bentuknya lebih kepada gloves kickboxing atau Muaythai berbanding tinju, dengan area pergelangan tangan yang lebih fleksibel untuk clinching (chap ko).
Sebagai training gloves, padding pada gloves ini terlalu keras, lebih keras daripada Outshock BG120. Kalau bawa sparring memang peninglah kalau kena muka. Mungkin perlu dibawa menumbuk heavy bag beberapa sessi untuk melembutkannya? Tapi dari segi keselesaan dipakai, memang marvellous!
_____
AADI: *Klon Venum Challenger 3.0?








0 comments
Post a Comment