Kali terakhir aku menyeberang Laut China Selatan ketika konsert Megadeth Dystopia Kuala Lumpur 2017, ya sudah tujuh tahun aku tidak meninggalkan tanah Borneo.
Selepas anak kedua aku didiagnos memiliki ciri-ciri autism spectrum disorder dan kelahiran anak ketiga aku pada tahun 2018, memang agak keberatan untuk berjauhan dengan Mrs. Ijau dan anak-anak sama ada untuk urusan kerja mahupun peribadi. Ditambah lagi dengan musim pandemik kemudiannya...
Kali ini ke Petaling Jaya untuk beberapa hari atas urusan kerja, mahu tak mahu aku kena pergi juga kerana berkaitan dengan tugas hakiki. Sebelum-sebelum ini cuba untuk mengelak apa-apa urusan kerja, kursus, konvensyen atau mesyuarat di luar Bintulu (atau Sarawak amnya) disebabkan perenggan kedua tadi. Sekarang anak-anak dah besar, akak yang sulung pun dah 12 tahun minggu lepas, dapatlah tolong maknya jaga adik-adik dan buat kerja rumah.
Kalau cerita pasal PJ pula, kali terakhir menjejak kaki di sini tahun 2013, selepas itu kalau ada latihan atau kursus biasanya akan dihantar ke Melaka.
_____
AADI: Hati masih di Bintulu.
2 komen:
Dah kat PJ tu wajib singgah Amcorp
dah singgah semalam, tapi dah tak best macam dulu
Post a Comment