Rabu (27/4/2011) - Lepas check-in di Hotel Shah's Village (PJ) dalam pukul 1.30 petang, kemudian bersiap-siap nak pi KL, memang dah plan nak pi ronda-ronda Jalan Imbi untuk sessi lawatan sambil "cuci mata" di CK Music.
Kalau bukan disebabkan nak pi CK Music (ye, sebab nak beli Pandora Mini), memang aku malas nak pi area Jalan Bukit Bintang dan Jalan Imbi ni. Bukan pasal apa, kes malas nak bertukar-tukar LRT/Monorail dan malas berjalan jauh hehehe.
Dalam perjalanan aku awal-awal lagi dah SMS Bro Amizan pasal stok Korg Pandora Mini. Katanya stok ada cuma dia saja yang tiada di premis, aiseh...
Aaa~ Itu dia Pandora Mini, tapi aku tak suka yang warna putih sebab putihnya cuma di atas sahaja bahagian bawah masih hitam. Korg Pitchblack, walaupun ia hanyalah sebuah tuner, tapi entah mengapa ramai yang terGAS untuk memilikinya (termasuk aku).
Bila dah selesai berurusan (dengan Vincent I guess), maka bermulalah sessi "cuci mata" sambil snap gambar - dari produk-produk Line 6, Vox, Zoom, Korg di tingkat bawah sehingga produk Hamer, Craftsman, Ovation, Custom dan Hartke di tingkat atas. More info about the products please visit CK Music website.
Hartke VXL Bass Attack, dah dua tahun Year End Sale (YES) aku nak beli tapi dana-dananya selalu dibelot pada saat-saat akhir oleh benda lain. Harap-harap YES tahun ni tidak lagi dihampakan.
Bilalah agaknya aku dapat main bass guna Hartke HyDrive series ni.
Hamer Standard (and Vector), alternatif lain untuk mereka yang mencari Gibson Explorer/Flying-V look-a-like copy (selain Epiphone)... Selain Hamer, aku sempat juga meneliti craftsmanship gitar jenama Craftsman (Craftsman's craftsmanship, got it?). Not bad too... GS100/GS200 atau ST30/ST120 dan FP10 antara model-model yang berkemungkinan suatu hari nanti masuk dalam senarai axology aku.
Vox Tonelab ST (atas) dan EX (bawah) yang pernah masuk dalam senarai GAS aku suatu ketika dahulu (sebelum aku beli VT40+), cameo appearance by Satch's pedals - Time Machine (green), Ice 9 (white) and Satchurator (red).
Line 6 Pod HD400 dan HD500, mana HD300?
Line 6 Pod X3 Pro, Pod XT Pro Guitar, Pod XT Pro Bass.
Model-model yang dah discontinued.
Eh? Ada pula Line Pod X3 "Red Bean" ni? Haritu Bro Amizan kata dah habis stok, adakah showroom unit ni tidak dikira sebagai stok?
Ya, tidak syak lagi di dalam plastik ni berisi Korg Pandora Mini.
Lepas keluar dari CK Music aku cuma masuk dalam Ultimate Music just a few doors away, dulu tak sempat nak masuk... Nothing special, just some Stagg, Behringer, BC Rich, Schecter stuff. Untuk mengelakkan tergoda lagi, aku tak naik pi JS Music mahupun Bentley kat seberang Jalan Bukit Bintang nun.
Ronda-ronda kejap di Berjaya Times Square (lama aku tak pi tempat ni), kemudian aku bergegas balik PJ sebelum pukul 5.00 petang, kalau boleh aku nak elakkan daripada bersesak-sesak dalam LRT waktu warga kota sibuk balik dari kerja. Lagipun awan gelap dah berarak di ufuk timur, pastinya hujan lebat bakal melanda... And Klang Valley's evening downpour was epic!
_____
Ada apa: Tapi aku lagi suka beli barangan dari CK Music ni secara online.
0 comments
Post a Comment