Ulasan ni hasil nukilan seorang rookie bassist yang terlampau (yang tak berapa pandai main gitar/bass).
Sebenarnya aku tak terfikir pun nak beli gitar baru dalam masa terdekat ni selagi Mephisto aku belum ada pembelinya (kebetulan waktu Krismas lepas pun aku baru je terima Black Ice). Lagipun tengah menunggu status VMNTx yang ntah dah dekat tiga bulan belum ada khabar berita.
Tapi disebabkan aku ingin memiliki sebuah gitar berbentuk Les Paul, murah (got some spare funds) dan untuk kegunaan harian (dibelasah main ganas-ganas, tak takut nak calar), at the same time still looks cool~ so I choose Kaspersky SX Pirate Series PEG2 (kalau gitar-gitar murahan buat masa ni aku cuma percaya SX dan Stagg sahaja).
Seperti biasa, aku order dengan Calvin from Dead Eye Guitars - hari ni order, esok bank-in duit, lusanya dia dah pos... tunggu tiga hingga lima hari dah sampai Bintulu (pos biasa). Yelah kebetulan model ni senang nak cari (tak macam kes VMNTx, sampai sekarang belum ada status).
Disebabkan gitar ni tak datang sekali dengan gigbag, jadi aku order gigbag murahan daripada Calvin. Dapatlah gigbag cap rusa (Antler) dengan harga RM4x yang kemudiannya diberi diskaun sehingga 50% sempena harijadiku yang ke-30, hahaha~
Resit, business card (entah dah berapa banyak aku ada kad ni), bandana SX Pirate Series, dan seperti biasa free gift D'Addario strings (yang ni katanya hadiah harijadi hahaha~ thanks Calvin).
Bandana SX Pirate Series - percuma dengan setiap pembelian gitar-gitar SX Pirate Series, siap ada beg kecik dan instruction macam mana nak menggayakannya dengan pelbagai cara. Bandana dalam bentuk tiub yang elastik.
SX Pirate Series PEG2/BK (Les Paul Copy)
Meet the Pirate (spesifikasi)
- Brand: SX
- Model: Pirate Series
- Model Code: PEG2/BK (Les Paul Copy)
- Made In: China
- Serial No: 9100487
- Construction: Bolt-on
- Body: Solid ash (archtop)
- Neck: Mahogany
- Fingerboard: Rosewood
- Pickups: Generic passive humbuckers (cap ayam kot?)
- Colour/Finish: Pirate Finish black
- Hardware: Black die-cast
- Scale: 24.75"
- Fret: 22 large or maybe jumbo (SX logo on 12th fret)
- Bridge: Tune-O-Matic
- Price paid: RM5xx + RM25 (parcel post @ pos biasa)
Untuk spesifikasi lebih lanjut boleh rujuk pada website rasmi SX Guitars.
Solid ash body, 3-way pickup selector, 2 generic SX humbucker pickups (red/black), tune-o-matic bridge, tone/volume knobs for each pickups. Gitar ni bertemakan warna hitam dan merah
Close-up Pirate Finish, sebenarnya tadak lah hitam mana pun... nampak lebih kepada maroon gelap, tapi seperti yang aku mention dalam entri yang lepas - macam kayu buruk! Hahaha I like~ Volume/tone knob dihias dengan corak cengkerang abalone (atau mungkin cengkerang abalone betul diorang lekat kat situ?).
Headstock bahagian depan - logo SX dan Pirate Series.
Headstock bahagian belakang - Pirate Head logo!
Fingerboard with red binding, kosong tadak pearloid marking. Cuma ada logo SX pada fret yang ke-12
Die cast plate dengan logo SX pada bolt-on neck joint.
Aku rasa SX ni tadak QC check sebelum gitar-gitar diorang dipasarkan. Sebab waktu aku terima gitar ni skru pada neck joint longgar terpaksa aku ketatkan sendiri. Dan suis pickup selector ada masalah bila berada pada kedudukan tengah-tengah, hanya neck pickup yang mengeluarkan bunyi (sepatutnya dua-dua neck-bridge pickups). Nasib baik kedua-dua neck and bridge pickups berfungsi, cuma tak dapat nak guna kedua-duanya sekaligus lah. Nanti ada masa aku cuba baiki (atau tukar suis baru). Selain daripada dua masalah ni, yang lain semuanya oke...
Sound? Calvin bagitau kat aku yang pickup gitar ni high output katanya sesuai untuk muzik Metal (sebab dia dah test sebelum pos) walaupun menggunakan generic SX humbucker pickups (cap ayam la tu). Mula-mula aku test dengan Micro-Cube, cuba setiap efek yang ada... Bunyinya agak dalam dan berat (memang betul kata Calvin) sesuai untuk bunyi-bunyi distortions (especially R-fier effect). Clean channel aku rasa ada kureng sikit... Memang jauh berbeza dengan bunyi-bunyian Les Paul Epiphone yang agak nyaring clean/bright (Rock & Roll).
Kemudian aku test dengan Satchurator seperti setting berikut: Satchurator -> B2 (sebegai pre-amp sahaja) -> Sony Headphone. Whoaa! Gitar ni ngam dengan Satchurator, disebabkan bunyinya yang dalam dapat dinyaringkan dengan tone Satchurator yang agak sensitif. Aku cuba setting seperti yang digunakan oleh Ymi waktu Manggas jamming beberapa minggu lepas (gain 12 o'clock, tone 1 o'clock, volume 1 o'clock) senang-senang je dapat bunyi Thrash. Crank gain dan tone kepada kedudukan 2 o'clock dapat bunyi ala-ala Death Metal! So, my personal opinion distortion sound 9/10, clean sound 5/10
Pros
- Thin neck - macam neck Mephisto (Ibanez GRG series).
- Large frets - senang nak main.
- High output pickups - kalau pandai setting kat effects pedal, senang-senang nak emulate bunyi macam EMG.
- Non-glossy finish - tak payah nak pikir pasal nak lap kesan cap jari lepas main.
- Cool shape, good balance - selesa dimainkan sama ada berdiri atau duduk, memang seimbang tak macam kes Black Ice.
- Good craftmanship, period!
Cons
- Tadak QC check (atau tak check sepenuhnya) - skru longgar, pickup selector problem.
- Kayu pada bahagian belakang agak lembut daripada bahagian depan, terhentak sikit kat bucu meja pastinya akan meninggalkan kesan.
- Not your average Les Paul sound - memang tak berapa sesuai untuk clean channel, kalau terpikir nak buat picking/strumming ala-ala Yuna atau Aizat, lupakanlah. Tapi masalah ni boleh dibaiki dengan setting pada multi-effects pedal.
But hey! For a merely RM5xx guitar, what did you expect? This was good enough for me...
Seperti biasa, aku akan bagi nickname untuk gitar-gitar yang aku miliki. Untuk gitar ni aku bagi nick LES PIRATE, sebab ia berbentuk Les Paul dan daripada SX Pirate Series. Welcome aboard my Jolly Roger you pirate scum! Har har har~
Ya aku tau, aku main gitar pun merangkak-rangkak lagi... Tapi aku pernah ditanya soalan cepumas daripada mereka-mereka yang tadak hobi (sebab sapa yang ada hobi pastinya memahami situasi aku) - "Kenapa beli gitar lagi? Tak cukup ke dengan gitar yang ada? Bukannya makin banyak gitar, mainan pun makin baik" - Jawapan aku senang je, duit aku... aku punya suka la!
_____
Ada apa: Kecuali headstock dan bolt-on construction, aku tak nampak apa-apa perbezaan offset antara design SX ni dengan design Les Paul original.
5 komen:
"Kenapa beli gitar lagi? Tak cukup ke dengan gitar yang ada? Bukannya makin banyak gitar, mainan pun makin baik"
hahaha...soklan2 camgini selalu aku terima pasal hobi kumpul cd aku...nak jer aku jawap...ko nak makan penompor...huhu
macam aku kenal jer ayat duit aku tu, aku punya suka la~ hahahaha I like.....
Bro, imho, apa kata try tukar humb pups yang okeh sket. eg... buat gila pakai active pups ker, emg 81/85 ker.. boleh layan Dimmu Borgir. heheheh
berteromber:
klu member2 aku yang ada hobi2 mahal (fotografi, memancing, sound system, car bodykit) semua phm... yg jenis xde hobi je komen mcm tu
muspeed:
bab tukaq pikap pun duit jugak tu... dgn harga pikap emg 81+85 set, aku blh dpt lg sebiji gitar lanun ni. tp aku lg suka dgn bunyi2 stock pikap setiap gitar, lain gitar lain bunyi
ejas2 sound guna ax3000g aku pun dah kira jimat drp beli pikap baru (guna satchurator pun blh dpt sound mcm emg!)
lawa gitar tu.... mmg kena ngan harganya... kalau ada shape gitu untuk bass... kasitau aku.. nantui aku suruh si joad beli....
PEG 2 BK SX gitar aku
nombor siri 20170196
kawan aku belikan d spain 2010
masa tu harganya usd 475.00
terasa sayang pulak nak d jual..
motifnya
inilah gitar kesayangan aku selamanya
Post a Comment