Bermula dengan ketiadaan hobi baru di Bintulu dan cemburu dengan senpai (geng Manggas - Takilala, Jairo) aku memulakan perjalanan yang penuh suka dan sedikit duka. Kebanyakannya telah diulas dalam entri tahun lepas (dan juga entri tahunan 2010, 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016, 2017), jadi tak perlulah diceritakan semula.
2009 yang slim, feat. Azroy Hammett. |
Caught somewhere in La Bistro. |
Berbangga dengan rakan-rakan lain yang sudah maju ke depan - Adi Herman dan Azrul kini mula menggegarkan Sarawak dengan projek Tahi Suci. Terkini, Azrul khabarnya akan tour bersama-sama Larrong ke Filipina pertengahan bulan Mac ini sebagai gitaris gantian. Tahniah, all the best~
Aku? Aku masih di sini, begini dan tidak ke mana-mana, cukuplah sekadar penghobi. Untuk maju ke depan perlukan pengorbanan dan komitmen, dua perkara yang aku tak sanggup (rujuk perenggan ketiga).
Bersempena 10 tahun ini, aku berazam untuk mengurangkan gajet-gajet kegitaran yang aku ada secara berperingkat, agak risau kerana sekarang nampak seperti menjurus ke arah
Nasihat aku kepada mereka yang mungkin senasib atau bakal senasib, lebih berhati-hati dalam perbelanjaan perhobian dan bijak menguruskan masa antara kerjaya, keluarga dan hobi.
_____
AADI: Agi idup agi metal! \m/
0 comments
Post a Comment