Setelah menyesal menjual Hartke VXL (Bass Attack ver. 1) dua tahun lepas, pedal jenis preamp/driver/DI untuk bass antara yang termasuk dalam senarai GAS tahunan. Tahun ini ingin mensasarkan sama ada Hartke Bass Attack 2 atau EHX Battalion. Manakala MXR M80, Tech21 SansAmp dan Eden WTDI seperti dalam entri ini terkeluar senarai kerana harga yang premium.
Sparrow pula tersenarai sebagai #3, alternatif sekiranya kedua-dua pedal Hartke dan EHX tadi tidak
Tiada fungsi tambahan yang fancy seperti attenuation/pad, phantom power atau parallel output, cuma ada fungsi asas DI seperti XLR (balanced) output dan suis ground lift. Dan sebagai unit DI spesifik untuk bass, aku rasa fungsi-fungsi asas ini sudah mencukupi, selebihnya Samson S-Direct ada sebagai backup.
Boleh guna sama ada bateri 9V atau adapter standard 9V, no phantom as mentioned earlier. Bateri agak leceh, kena buka empat skru. Ruang agak terhad hanya sekeping plastik melindung papan litar daripada bersentuhan dengan bateri, lagipun pedal ni kecil, dimensi cuma 3.5" x 3" x ~2". Untuk jangka masa panjang, adapter merupakan pilihan terbaik.
Pedal preamp/drive/DI untuk bass sebegini ada banyak kegunaan. Dalam kes aku, ia akan digunakan sebagai amplifier maya untuk bass rig aku yang mana output XLRnya akan disambung terus ke FOH/PA system studio. Walaupun tidak se"umph" menggunakan amplifier khusus untuk bass, tapi tak ada rotan, akar pun jadilah...
Ulasan padat oleh Premier Guitar.
_____
AADI: Akan dipandu-uji seoptimum semasa sessi jamming petang ini.
1 comment
Isi perut kemas.
Post a Comment