Sabtu (26/12/2020) - Sessi Santai Muzikal anjuran Pemuzika Bintulu diadakan di Balai Raya Kampung Assyakirin Bintulu ini lebih kepada sessi jamming berangkai (seperti format Jammed Of The Beast) berbanding persembahan umum atau gig.
Bermula seawal 9.00 pagi (ikut tentatif) dengan format yang agak santai, jika cukup korum/line-up terus main. Peralatan disusun di tengah-tengah dewan dan bukannya di atas pentas. Objektif program boleh baca artikel di bawah.
Muka pakcik Ka tok...!?? 😅
Posted by Jefry Es PetakBand on Friday, 25 December 2020
Aku datang sekitar 11.00 pagi, ikutkan perancangan aku main bass tapi seperti sessi latihan sebelum ini tergerak hati untuk membawa sebuah gitar. Dan tanpa dijangka, Nas Korawk pun ada memunculkan diri dan secara bidan terjun bermain bass.
EC-1000VB, WGV-601, PL1. Tak bawa TGA-tribute gig rig atas sebab logistik. |
Persembahan kami sekitar 1.30 petang, dengan setlist yang agak menyimpang daripada perancangan - Tears Of The Dragon (soundcheck), Kabus, Wasted Years, Lagenda Cinta, *Debunga Wangi, *2 Minutes To Midnight dan The Trooper. Lagu bertanda * tiada dalam setlist, sepatutnya ada Sejati dan Taman Rashidah Utama.
Macam kenal amp tu... |
Juga disertai oleh nama-nama band yang lejen di Bintulu seperti Pro-X, Medusa, Natas, The Craft, Mother Earth, Puaka. Aku tak ada gambar lain, jadi aku link artikel, gambar atau video (yang public, kalau hilang tu maknanya privasi dah ditukar) daripada Facebook sahaja di bawah ni (akan ditambah dari masa ke semasa).
Dec 26th, 2020 ".. Santai Muzikal.." #supportpemuzika #pemuzika
Posted by Chik Mat on Friday, 25 December 2020
Syukur Alhamdulillah... Selesai sudah program SANTAI MUZIKAL Vol 1 anjuran Kelab Pemuzika... Terima kasih kpd Band...
Posted by Jefry Es PetakBand on Saturday, 26 December 2020
Katanya akan ada Vol. 2 pada masa akan datang...
_____
AADI: Talaan standard memang mencabar anak tekak.
1 comment
rindu suasana live ni..layan
Post a Comment