Susunan backline pentas yang masih klasik. |
Dan disebabkan masa latihan yang terhad, MUP mengambil keputusan hanya memainkan lagu-lagu cover "playsafe" seperti Kabus, 2 Minutes To Midnight, The Trooper dan Wasted Years. Lagu original MUP Pentagram Di Atas Pusara terpaksa disingkirkan daripada setlist.
Seperti biasa, untuk gig yang tidak banyak memerlukan pertukaran bunyi, rig aku antara yang seringkas mungkin - Neon, wireless Takstar dan MS-50G. Aku tiada gambar-gambar menarik mahupun video, hanya harapkan apa yang dikongsi oleh rakan-rakan dalam grup WhatsApp sahaja untuk dijadikan bahan entri.
Masalah stage monitor sedikit sebanyak membuatkan persembahan menjadi kelam-kabut dan tidak konsisten. Ini kali pertama persembahan pentas MUP terhenti seketika (semasa 2MTM) disebabkan drummer dan bassist ke laut, sesat dalam gabungan (lost in the mix).
Selesai persembahan aku tidak sempat untuk berada lama di area pentas, kerana telah menerima "panggilan pulau" menyuruh balik seawal mungkin untuk menjaga anak. Antara lumrah yang harus diterima dan dilalui.
Post-mortem BGE-BBW2018:
- Tiada power outlet/extension disediakan di hadapan pentas (sama seperti BOTB Sebauh), terpaksa tarik dari belakang (area amp). Sedikit-sebanyak menyukarkan spesies frontman yang main instrument seperti aku.
- tidak berapa serius menyediakan stage monitor dan lebih mementingkan FOH. Serius, stage monitor adalah medium untuk ahli band berkomunikasi
- Tiada sistem ventilasi (kipas siling/lantai) di atas pentas, bahang panas jelas terasa.
- Sistem wireless murahan Takstar berkhidmat cemerlang.
- Walaupun baru kenal beberapa minggu, tetapi keserasian dan persembahan Jawank memang di luar jangkaan, berkebarangkalian akan menjadi ahli tetap MUP selepas ini.
_____
AADI: Ice cream for me Bintulu...
0 comments
Post a Comment