Metallica: Selamat... Thank You (Part 3)


Sambungan entri yang lepas...

Selesai urusan check-in di Tune Hotel, 30 minit kemudian bergegas pula kembali ke stadium. Kali ni bersama-sama Bro Eden bersesak-sesak di dalam monorail, biasalah waktu puncak orang balik kerja.


Tiba di stadium sekitar 6.45 petang, sempat meronda-ronda gerai t-shirt dan barangan bootleg lain. Geng-geng bloggers yang lain dah masuk ke dalam stadium, terpaksalah berusaha mencari mereka nanti.


Aku memang tak pernah ada t-shirt Metallica sebelum ni, jadi aku memakai t-shirt "Seven" ESP Guitars. Masih tak lari daripada tema Metallica (since Hetfield and Hammett endorsing ESP). Oh ya, aku tak jumpa gerai yang ada menjual Ribena Mobile, oleh itu 100 Plus menjadi pengganti.


Macam tak ada peluang nak mendekati gerai official tour merchandise ni, hanya sempat menjenguk dari jauh. Bukannya dapat nak beli, duit dalam poket aku hanya cukup-cukup untuk belanja tambang dan makan sahaja (kalau esok lain cerita, sebab esoknya 22/8/2013 dapat gaji).


Sekitar 7.30 malam akupun mula masuk pintu tiket murahan PPRT, manakala Bro Eden menuju pintu masuk tiket RM350. Duduk sekali dengan Ezaidi MBA dan seorang lagi kenalan baru yang aku dah lupa namanya, mencari kedudukan yang sesuai sementara kawasan belum sesak.


Manakala Portdy tidak dapat dijumpai walaupun telah diberikan info "duduk barisan bawah, bahagian tengah, pakai baju GNR". Waktu ni lah ayat lawak "hello bro, cari aku kat bawah ni, yang pakai baju Metallica hitam" mula diperkenalkan.


Sambil layan berborak, tiba-tiba Cromok mula membuat persembahan. Aku ingat-ingat lupa lagu yang mereka mainkan, akupun bukanlah peminat tegar Cromok (cuma ada album kompilasi sahaja sebagai rujukan). Cuma agak mengecewakan bila skrin besar tidak dipasang semasa persembahan Cromok. Adakah "sewa" skrin besar hanya dibayar untuk persembahan Metallica?

Best FREE seats in town.
Aku mula berdiri bila skrin besar mula memainkan babak Tuco Benedicto Pacifico Juan Maria Ramirez sedang berlari ke hulu-hilir di kawasan perkuburan Sad Hill mencari batu nisan yang bertanda Arch Stanton diiringi dengan muzik latar Ecstasy Of Gold, menandakan Metallica akan keluar sekejap lagi.

Seperti konsert Iron Maiden Singapore, aku lebih tumpukan perhatian pada pentas dan skrin besar serta enjoy menikmati suasana atmosfera konsert yang serba gamat. Sebab itu tak banyak gambar aku snap semasa konsert sedang berlangsung.

Terdapat empat skrin besar, dua di kiri/kanan pentas dan dua lagi di tengah padang. Manakala sebuah skrin gergasi HD di belakang, lebih kurang macam setting dalam DVD The Big 4.


Begitu juga dengan juru kamera dan penerbit, setiap sudut yang diambil juga lebih kurang sama seperti dalam DVD The Big 4 (tak macam juru kamera bodoh semasa konsert Iron Maiden Singapore dulu). Aku rasa krew kamera yang bertugas ni memang krew rasmi Metallica kot?


Sistem bunyi memang mengagumkan, memang jelas dan kuat walaupun kami berada di kawasan tiket PPRT nun jauh 100 meter di belakang. Setiap bunyi gitar Hetfield/Hammett, bass letup-letup Trujillo dan ketukan drum serta simbal Ulrich memang jelas. Cuma aku perasan ada sedikit bunyi "kureng" bila note/chords rendah gitar dimainkan (untuk lagu-lagu drop-D atau D-tuning).

Bagi mereka yang tak biasa dengan bunyi bising, sistem bunyi pada malam tu memang boleh masuk tahap bingit, tapi apalah ertinya konsert metal jika bunyi tak bingit dan full-blast kan?


Rasanya untuk cerita dan pengalaman lain dari sudut pandangan penghuni tiket PPRT lebih kurang sama seperti yang ada dalam entri blog Metal Brain Asylum ni (dan juga entri blog DarkShah ataupun Transformer United ni), jadi tak perlulah aku ulang babak-babak menarik dan pelik sepanjang konsert.

My friend of misery.
Yang pasti aku hanya duduk semasa Hammett sedang solo intermission dan semasa lagu Nothing Else Matters sahaja. Selebihnya berdiri sambil berkoir, berkaraoke, sing-a-long whatever you wanna call it. Hanggukan headbang aku sepanjang konsert masih terkawal, begitu juga dengan suara, mungkin sebab dah biasa teriak-teriak waktu jamming, jadi tiada sindrom pasca-konsert dikesan selain daripada penat kaki (banyak menapak).


Konsert berakhir sekitar 11.00 malam, tapi masih ramai yang lepak di dalam stadium mungkin untuk berehat menghilangkan lelah sambil-sambil sessi fotografi dan suai-kenal bersama peminat lain. Aku cuba mencari Portdy selepas habis konsert tapi malangnya dia dah keluar stadium.


Keluar saja dari stadium, jalan memang sesak teruk. Dalam kesesakan sempat juga menjenguk beberapa gerai yang menjual t-shirt bootleg mula menurunkan harga jualan mereka, daripada harga RM35 (sebelum konsert) sehingga ada yang melelong sehelai t-shirt serendah RM10 untuk menghabiskan stok. Sempat juga membeli beberapa helai t-shirt sebagai kenang-kenangan (sebab aku tak ada t-shirt Metallica), cuma saiz XXL agak sukar diperolehi (diskriminasi saiz).


Berjumpa kembali dengan Bro Eden di tempat yang telah ditetapkan (depan kaunter tiket) sebelum berjalan kaki mencari port yang sesuai untuk menahan teksi. Teksi berdekatan area stadium mula cekik darah, berapa ramai pemandu teksi aku sindir dan kutuk bila mengenakan cas RM30-35 untuk ke Tune Hotel. Akhirnya dapat juga teksi yang betul-betul menggunakan meter, itupun di depan stesen minyak Petron berdekatan Hotel Mandarin Court. Cas yang dikenakan menggunakan meter tak sampai pun RM10 termasuk cas tambahan tengah malam.


Tiba di hotel sekitar 12.40 malam. Waktu ni baru aku perasan yang aku belum makan dari tengahari, santapan terakhir aku hanyalah roti prata semasa dalam flight. Kes malas nak keluar mencari makanan, aku hanya membeli roti Gardenia di premis 7-Eleven bersebelahan lobi hotel untuk mengalas perut yang lapar.
Pendapat peribadi - Metallica masih lagi bertenaga untuk berkonsert hampir dua jam walaupun sudah berumur, pukulan drum Ulrich yang kadang-kadang "ter" pun boleh dimaafkan hehehe... Begitu juga dengan solo Hammett mahupun suara Hetfield yang kadang-kadang "ter" juga memang tak perasan sebab dah enjoy jerit nyanyi koir sama-sama.
Peluang untuk menonton konsert Metallica (dan band metal nama besar lain) secara live bukannya selalu ada, lebih-lebih lagi di negara sendiri. Kebarangkalian mereka akan membuat konsert di Malaysia lagi mungkin ada. Tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin 2-3 tahun lagi kot selepas album baru. Itupun jika mereka masih lagi punyai kudrat. Apa-apapun, sebagai peminat Metallica yang tak seberapa tegar, aku ingin mengucapkan you've been great, we've been Metallica "selamat... thank you Metallica!".

_____
Ada apa: What's next? Iron Maiden in KL?

8 komen:

Rafi said...

Pprt pun pprt lah..janji hepi dpt tengok pakcik hammett

deaf-angel said...

Tahan kau eh makan pagi je siap tengok metalika.
Aku lepas tengok anvil, makan mexican food, sambilpasang telinga intro tape acdc, nak ambik tempat haha

darkshahrulez said...

aku sempat menjelinap ke gerai official merchandise tapi bukan beli barang...sekadar jual muka nak kacau awek yg meniaga dlm gerai tu

MOHD SHAFID BIN RAHMAT said...

Laa bawah aku aje duduk. Aku dgn portdy balik tu kat hentian seremban baru makan. Last nasi goreng kat rumah portdy time sarapan

scorps said...

you've been great, we've been Metallica ??
ada ke malam konsert tu?
ahahahahha

Adi Herman said...

IM live at Malaysia? Boleh jadi...

metal brain asylum said...

singapore ada ... and justice for all bro. mungkin kerajaan malaysia tak kasi perform lagu tu kot sebab lirik dia berbaur ketdak adilan justice system. heh heh heh

berteromber said...

padang kosong...macam suasana kat funfair ajer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (48) anniversary (61) art200 (3) artis tempatan (117) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (53) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (25) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (24) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) digipak (29) digitech (19) dimarzio (29) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (72) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (8) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (13) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (614) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (25) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (132) irt-pulse (1) isu semasa (221) j5 (2) jackson (30) jamming (121) jamtank (21) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (255) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (81) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (28) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (317) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (5) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (53) melaka (11) membakut (41) memori (294) mercyful fate (10) metallica (69) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (50) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (156) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (32) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (95) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (37) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (42) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (10) sr300 (22) stagg (12) star wars (10) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (87) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (31) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (6) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (118) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (215) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger