Selesai urusan check-in di Tune Hotel, 30 minit kemudian bergegas pula kembali ke stadium. Kali ni bersama-sama Bro Eden bersesak-sesak di dalam monorail, biasalah waktu puncak orang balik kerja.
Tiba di stadium sekitar 6.45 petang, sempat meronda-ronda gerai t-shirt dan barangan bootleg lain. Geng-geng bloggers yang lain dah masuk ke dalam stadium, terpaksalah berusaha mencari mereka nanti.
Aku memang tak pernah ada t-shirt Metallica sebelum ni, jadi aku memakai t-shirt "Seven" ESP Guitars. Masih tak lari daripada tema Metallica (since Hetfield and Hammett endorsing ESP). Oh ya, aku tak jumpa gerai yang ada menjual Ribena Mobile, oleh itu 100 Plus menjadi pengganti.
Macam tak ada peluang nak mendekati gerai official tour merchandise ni, hanya sempat menjenguk dari jauh. Bukannya dapat nak beli, duit dalam poket aku hanya cukup-cukup untuk belanja tambang dan makan sahaja (kalau esok lain cerita, sebab esoknya 22/8/2013 dapat gaji).
Sekitar 7.30 malam akupun mula masuk pintu tiket
Manakala Portdy tidak dapat dijumpai walaupun telah diberikan info "duduk barisan bawah, bahagian tengah, pakai baju GNR". Waktu ni lah ayat lawak "hello bro, cari aku kat bawah ni, yang pakai baju Metallica hitam" mula diperkenalkan.
Sambil layan berborak, tiba-tiba Cromok mula membuat persembahan. Aku ingat-ingat lupa lagu yang mereka mainkan, akupun bukanlah peminat tegar Cromok (cuma ada album kompilasi sahaja sebagai rujukan). Cuma agak mengecewakan bila skrin besar tidak dipasang semasa persembahan Cromok. Adakah "sewa" skrin besar hanya dibayar untuk persembahan Metallica?
Best FREE seats in town. |
Seperti konsert Iron Maiden Singapore, aku lebih tumpukan perhatian pada pentas dan skrin besar serta enjoy menikmati suasana atmosfera konsert yang serba gamat. Sebab itu tak banyak gambar aku snap semasa konsert sedang berlangsung.
Terdapat empat skrin besar, dua di kiri/kanan pentas dan dua lagi di tengah padang. Manakala sebuah skrin gergasi HD di belakang, lebih kurang macam setting dalam DVD The Big 4.
Begitu juga dengan juru kamera dan penerbit, setiap sudut yang diambil juga lebih kurang sama seperti dalam DVD The Big 4 (tak macam juru kamera bodoh semasa konsert Iron Maiden Singapore dulu). Aku rasa krew kamera yang bertugas ni memang krew rasmi Metallica kot?
Sistem bunyi memang mengagumkan, memang jelas dan kuat walaupun kami berada di kawasan tiket PPRT nun jauh 100 meter di belakang. Setiap bunyi gitar Hetfield/Hammett, bass letup-letup Trujillo dan ketukan drum serta simbal Ulrich memang jelas. Cuma aku perasan ada sedikit bunyi "kureng" bila note/chords rendah gitar dimainkan (untuk lagu-lagu drop-D atau D-tuning).
Bagi mereka yang tak biasa dengan bunyi bising, sistem bunyi pada malam tu memang boleh masuk tahap bingit, tapi apalah ertinya konsert metal jika bunyi tak bingit dan full-blast kan?
Rasanya untuk cerita dan pengalaman lain dari sudut pandangan penghuni tiket PPRT lebih kurang sama seperti yang ada dalam entri blog Metal Brain Asylum ni (dan juga entri blog DarkShah ataupun Transformer United ni), jadi tak perlulah aku ulang babak-babak menarik dan pelik sepanjang konsert.
My friend of misery. |
Konsert berakhir sekitar 11.00 malam, tapi masih ramai yang lepak di dalam stadium mungkin untuk berehat menghilangkan lelah sambil-sambil sessi fotografi dan suai-kenal bersama peminat lain. Aku cuba mencari Portdy selepas habis konsert tapi malangnya dia dah keluar stadium.
Keluar saja dari stadium, jalan memang sesak teruk. Dalam kesesakan sempat juga menjenguk beberapa gerai yang menjual t-shirt bootleg mula menurunkan harga jualan mereka, daripada harga RM35 (sebelum konsert) sehingga ada yang melelong sehelai t-shirt serendah RM10 untuk menghabiskan stok. Sempat juga membeli beberapa helai t-shirt sebagai kenang-kenangan (sebab aku tak ada t-shirt Metallica), cuma saiz XXL agak sukar diperolehi (diskriminasi saiz).
Berjumpa kembali dengan Bro Eden di tempat yang telah ditetapkan (depan kaunter tiket) sebelum berjalan kaki mencari port yang sesuai untuk menahan teksi. Teksi berdekatan area stadium mula cekik darah, berapa ramai pemandu teksi aku sindir dan kutuk bila mengenakan cas RM30-35 untuk ke Tune Hotel. Akhirnya dapat juga teksi yang betul-betul menggunakan meter, itupun di depan stesen minyak Petron berdekatan Hotel Mandarin Court. Cas yang dikenakan menggunakan meter tak sampai pun RM10 termasuk cas tambahan tengah malam.
Tiba di hotel sekitar 12.40 malam. Waktu ni baru aku perasan yang aku belum makan dari tengahari, santapan terakhir aku hanyalah roti prata semasa dalam flight. Kes malas nak keluar mencari makanan, aku hanya membeli roti Gardenia di premis 7-Eleven bersebelahan lobi hotel untuk mengalas perut yang lapar.
Pendapat peribadi - Metallica masih lagi bertenaga untuk berkonsert hampir dua jam walaupun sudah berumur, pukulan drum Ulrich yang kadang-kadang "ter" pun boleh dimaafkan hehehe... Begitu juga dengan solo Hammett mahupun suara Hetfield yang kadang-kadang "ter" juga memang tak perasan sebab dah enjoy jerit nyanyi koir sama-sama.Peluang untuk menonton konsert Metallica (dan band metal nama besar lain) secara live bukannya selalu ada, lebih-lebih lagi di negara sendiri. Kebarangkalian mereka akan membuat konsert di Malaysia lagi mungkin ada. Tapi bukan dalam masa terdekat, mungkin 2-3 tahun lagi kot selepas album baru. Itupun jika mereka masih lagi punyai kudrat. Apa-apapun, sebagai peminat Metallica yang tak seberapa tegar, aku ingin mengucapkan
_____
Ada apa: What's next? Iron Maiden in KL?
8 komen:
Pprt pun pprt lah..janji hepi dpt tengok pakcik hammett
Tahan kau eh makan pagi je siap tengok metalika.
Aku lepas tengok anvil, makan mexican food, sambilpasang telinga intro tape acdc, nak ambik tempat haha
aku sempat menjelinap ke gerai official merchandise tapi bukan beli barang...sekadar jual muka nak kacau awek yg meniaga dlm gerai tu
Laa bawah aku aje duduk. Aku dgn portdy balik tu kat hentian seremban baru makan. Last nasi goreng kat rumah portdy time sarapan
you've been great, we've been Metallica ??
ada ke malam konsert tu?
ahahahahha
IM live at Malaysia? Boleh jadi...
singapore ada ... and justice for all bro. mungkin kerajaan malaysia tak kasi perform lagu tu kot sebab lirik dia berbaur ketdak adilan justice system. heh heh heh
padang kosong...macam suasana kat funfair ajer...
Post a Comment