Semalam (14/09/2022) giliran Charvel So-Cal Style 1 HH pula menyambut ulang tahun ke-10 dalam axology aku, kedua selepas Goldie tahun lepas. Sebaya dengan anak sulung aku Lil'Ijau yang lahir bulan Mei tahun yang sama.
![]() |
Pic courtesy of Dead Eye Guitars. |
Diperolehi daripada Swee Lee Singapura dengan diskaun 40% penghabisan stok melalui perantaraan Dead Eye Guitars yang membawanya ke Malaysia. Walaupun dengan diskaun tadi, harganya masih dikira premium untuk tahap aku (ketika itu, 2012), tetapi aku nekad untuk mendapatkannya. Tidak lupa juga pengalaman mengerikan ketika membawanya balik menaiki Air Asia.
Satu-satunya gitar buatan Amerika (MIA) dalam axology aku, ditambah lagi dengan nombor siri yang unik 002255. Biasanya gitar buatan Amerika jarang-jarang jatuh nilai harganya.
![]() |
Oktoberfest 2012 - gig pertama dengan So-Cal. |
Juga gitar aku yang paling "sedap" dimainkan setakat ini. Tak perlu banyak bergelut dengan masalah ergonomik seperti capaian fret tinggi (tapi 22-fret sahajalah), genggaman neck yang cukup-cukup serasi dengan saiz tangan aku.
Ia juga tidak kurang memiliki nilai-nilai nostalgik. Berikut antara pencapaian dan perbatuannya:
![]() |
BOTB BIKF 2015. |
1) Gitar pentas paling bermojo, digunakan beberapa kali untuk gig dan persembahan pentas sekitar Bintulu - Oktoberfest 2012, Bintulu Music Festival 2013, Love & Peace Gig 2013, Bintulu Bike Week 2013, BRRU Rock Nite 2013, BOTB BIKF 2015, BOTB Sebauh 2016, Sarawak Rock'n Mob 2018 dan terkini ketika King's Garage Open Gig beberapa bulan lepas.
2) Sebagai "self-proclaim IDK Signature Mark III", inilah gitar utama yang digunakan jika identiti Ijau D. Koceng diperlukan, contohnya semasa kolaborasi YouTube DEG Raya 2021, Merdeka 2021 dan CNY 2022 (kolab Raya 2022 aku guna Shiro).
Yours truly @ 6:15.
Yours truly @ 25:48.
Yours truly @ 14:05.
3) Hanya pernah sekali bertukar pikap iaitu kombo DiMarzio Air Norton/D-Activator tetapi kembali menggunakan pikap asal DiMarzio Evolution/Tone Zone beberapa bulan kemudian. Juga pernah dirancang menjadikannya SSS dengan set EMG-SA, tapi terbantut atas sebab-sebab teknikal.
Tapi ternyata, kombo pikap asal Evolution/Tone Zone memang sudah cukup ampuh untuk gitar ini. Respon pikap-pikap ini juga antara faktor ia "sedap" dimainkan. Modifikasi lain yang masih ada hanyalah sticker carbon fibre pada pickguard dan potentiometer push-pull StewMac untuk opsyen coil-split.
Pernah diberi nama Calypso iaitu derivasi daripada perkataan So-Cal ketika mula-mula dimiliki dan atas sebab-sebab tertentu beberapa tahun lepas aku berhenti menggelarnya dengan nama tersebut dan hanya digelar So-Cal sahaja. Tapi bersempena ulang tahunnya yang ke-10 ini, ia diberi nickname baharu iaitu CANDY bersempena warnanya candy green, terasalah comel sikit ;)
Harapnya ada lagi peluang beraksi atas pentas dengan gitar ini sebelum 2022 berakhir.
_____
AADI: Bukan Candy akan ku tunggu~
0 comments
Post a Comment