Ahad 26/12/2010 - Kebiasaannya waktu pemanduan trans-Borneo dari Bintulu ke Membakut (aka tour de Brunei), aku jarang berhenti di Bandar Limbang sebab tak nak buang masa, kecuali kalau lapar aku akan singgah di Plaza Limbang untuk beli Zinger dan Wedges KFC (senang nak makan sambil memandu).
Tapi kali ni ada sesuatu yang membuatkan aku terasa wajib berhenti di bandar Limbang, terutamanya di Dataran Jubli Emas atau lebih dikenali sebagai Waterfront Limbang (sekarang ni hampir semua bandar-bandar di Sarawak ada waterfront). Dan pastinya ia tidak ada kaitan dengan lawatan Timbalan Perdana Menteri ke Limbang beberapa hari yang lepas.
Kacau betul lah tong sampah tu!
Aku tiba di Bandar Limbang dalam pukul 12.30-12.45 tengahari, nak buat tajuk entri ni "Setengahari di Limbang" macam tak best la pula bunyinya kan?
The best thing about Limbang, orang-orang di sini berbahasa Melayu Brunei (bukan bahasa Melayu Sarawak) even the Chinese, Ibans and other local ethnics also speaks fluent Brunei. Tapi bukan macam loghat di Brunei Darussalam yang lemah-lembut, di Limbang diorang guna loghat yang agak kasar seperti di Membakut dan Beaufort... I feel just like home :) Jadi kalau jalan-jalan di Limbang aku tak guna bahasa Melayu Sarawak, better speak with my fluent native tongue.
Pemandangan Sungai Limbang dan Waterfront Limbang. Bangunan yang tingkapnya warna-warni tu aku lupa hotel apa, tapi bersebelahan dengan Plaza Limbang kira bangunan ni antara unofficial trademark Bandar Limbang (Deaf-Angel pastinya suka gambar-gambar macam ni).
Pemandangan kampung di seberang Sungai Limbang (aku tak tau apa nama kampung ni). This was a common sight throughout Sarawak, terasa macam pemandangan kampung *ehem-ehem* aku di Dalat je ;) Tapi fokus utama aku bukanlah Dataran Jubli Emas, Sungai Limbang mahupun kampung nun di seberang sana.
Balai Polis Pusat Limbang di seberang jalan daripada waterfront ni. Apa kaitan balai polis ni dengan fokus utama aku? Ya, di balai polis ni 48 tahun yang lalu pernah menyaksikan suatu peristiwa yang pastinya tak ramai di antara kita yang tahu (termasuk aku).
Oke, ada sapa-sapa tengok dokumentari "Return To Limbang" di History Channel? Kalau tengok bagus, kalau tak tengok maknanya anda bukan peminat sejarah atau channel 555. Kalau terlepas tapi nak tengok juga, seperti biasa tunggu siaran ulangannya.
"Royal Marine veterans recount their involvement in a largely forgotten but intense hostage rescue attempt in a small town in Sarawak, Malaysia."
- Sumber History Channel.
Sedikit sneak-peek dari YouTube.
Inilah dia yang aku cari-cari. Memang dah lama aku perasan tugu ni tiap kali melalui Limbang, mula-mula aku ingatkan ia merupakan tugu perasmian Waterfront Limbang, jadi aku malas nak ambil tahu. Sebab di Bandar Bintulu pun ada tugu macam ni, tugu perasmian menara jam.
Ia merupakan tugu peringatan kepada mereka yang terkorban dalam peristiwa Disember 1962. Aku bukannya nak cerita pasal peristiwa tu, yang tu kalau korang boleh baca dari capaian (link) rujukan yang ada dalam entri ni. Ataupun kalau jenis malas membaca, tengok saja dokumentari "Return To Limbang".
Image link from Once A Marine Always A Marine website.
"There is a memorial to all the dead in Limbang. The leader of the Limbang rebels was caught and tried and received an eleven year prison sentence. He lives (2007) on the outskirts of Limbang."
- Sumber Wikipedia.
Senarai sembilan orang yang terkorban dan tragedi tersebut, empat daripada Sarawak Constabulary (polis) dan lima daripada 42 Commando Royal Marine.
"This memorial is dedicated to the men of the Sarawak Constabulary and Royal Marines who were killed at Limbang in the gallant performance of their duty during the insurrection in December 1962"
Dah 48 tahun peristiwa ni rupanya...
Seriously, kalau bukan pasal tengok dokumentari "Return To Limbang" di History Channel, akupun tak tau pasal peristiwa ni sebab ia tidak dinyatakan dalam buku teks sejarah KBSM.
Dari apa yang aku dapat tau, pada 12 Disember tiap-tiap tahun akan ada yang meletakkan kalungan bunga di tugu ni untuk memperingati peristiwa tersebut. Adakah ia annual memorial ceremony? Akupun tak pasti, mungkin tahun depan kalau nak balik kampung hujung tahun, aku akan cuba memilih tarikh 12 Disember.
More info on Wikipedia and Once A Marine Always A Marine website.
Setelah lebih kurang 10-15 minit mundar-mandir di sekitar waterfront sambil berlagak seperti pelancong (tangkap beberapa gambar) akupun meneruskan pemanduan tour de Brunei menuju ke sempadan Limbang dan Temburong (Brunei Darussalam). Oh ya, sebelum tu aku sempat singgah sekejap di Muzium Bahagian Limbang tangkap beberapa lagi gambar, but that was another story...
Sekarang aku suka bab-bab sejarah ni (tapi waktu sekolah dulu antara subjek yang aku tak suka), terutamanya bab-bab yang berkaitan dengan Perang Dunia Kedua. Dan aku paling suka kalau ada gambar-gambar lama yang berkaitan. Ada masa nanti aku cari lagi lokasi-lokasi bersejarah di sekitar Borneo ni.
_____
Ada apa: Nanti aku nak singgah Tugu Peringatan Starcevich di Pekan Beaufort.
4 komen:
thanks for sharing...aku mmg peminat channel 555...tapi aku terlepas la dokumentari ni...
err..masa SRP aku sejarah dapat A1...tapi SPM masuk Science stream...takder sejarah...heheh..kesian bebudak sekarang kena paksa ambik sejarah..
interesting abis
especially yang insurrection awal 60an tu..
bagus post ni..
errr cerita makan2 kat Limbang jangan lupa lak hehe
banyak kan gambar2 menarik, yelah, gua tak penah sampai ke sini, dpt tengok gambar je okay laa...
berteromber:
nnti tggu siaran ulangannya
deaf:
xsempat nak makan kat limbang
eddie:
aku nak kejar masa balik kampung beb... snap apa yg patut je
Post a Comment