Sabtu (4/12/2021) - Kami datang lebih awal ke REG Studio sekitar 1.30 petang supaya dapat soundcheck sebelum waktu siaran rasmi yang dijadualkan bermula pukul 3.00 petang. Agak kecewa juga dengan sikap beberapa individu yang membuat keputusan tidak profesional, walau bagaimanapun acara perlu diteruskan.
Rig yang aku gunakan ringkas sahaja, Tommy (SR300) terus ke amp Fender Rumble studio dengan perantaraan B1Xon untuk fungsi compressor, sedikit drive dan tuner sahaja.
Azrul membawa dua buah gitar iaitu M-103FM (ex-Mirage) dan Demon-7 FR. Setup terus ke amp Rockerverb MKIII studio. Rody Erectus sebagai drummer kedua membawa double-pedal dan throne sendiri.
Drummer ketiga Ijal (The Cuppycakes) datang lambat sebab ada urusan keluarga dan tak sempat soundcheck, tapi masih berkomitmen untuk datang sebelum masa livestream, syabas.
Nuing pula menggunakan RG331M dan GT-1 terus ke amp Valvestate 100 studio. Ada tiga kamera disediakan, kamera utama (full band), kamera zoom muka/gitar dan kamera drummer (drumcam). Dipantau oleh kru studio di bilik command centre.
Sebelum sessi soundcheck bermula, sempatlah menjamu selera di luar studio dengan makanan yang dibawa sendiri ala potluck. Waktu ini yang ada di tempat kejadian hanyalah ahli MUP dan kru studio.
Tak sangka selepas sessi soundcheck, ramai pula rakan-rakan rockers/metalhead Bintulu lepak-lepak di luar studio. Rupa-rupanya iMac di luar sana bukanlah semata-mata hiasan, tapi untuk tontonan secara "live" bagi mereka yang hadir secara fizikal.
Seperti dipersetujui, setlist dibahagikan kepada tiga mengikut drummer, pertama Bob Kandar, kedua Rody dan ketiga Ijal. Lagu-lagu yang dimainkan pun agak pelbagai, terdiri daripada lagu sendiri dan cover yang biasa dimainkan serta beberapa lagu cover eksperimentasi yang belum pernah dimainkan sebelum ini.
Setlist
- Pentagram Di Atas Pusara (MUP original)
- Kabus
- Coming Home
--tukar drummer-- - Don't Talk To Strangers
- Warriors Ride On The Chariots
- Symphony Of Destruction
--tukar drummer- - Master Of Puppets*
- Creeping Death
--tukar drummer-- - [Encore] Silent Night, Bodom Night* (Azrul vokal)
Apa kes? |
Seperti entri semalam, "siaran ulangan" boleh ditonton semula di Facebook REG Recording Studio. Aku tak dapat nak embed video dalam blog atas sebab-sebab copyrights.
Masa keseluruhan livestream sekitar satu jam 14 minit termasuk dua kali rehat untuk pertukaran drummer. Agak menepati masa yang diperuntukkan iaitu satu jam, itupun lagu-lagu yang bertanda * terpaksa dipendekkan dan/atau disingkirkan untuk menepati masa.
IEM murahan. |
Seperti biasa IDK post-gig livestream syndrome melanda - sakit otot diafragma selepas meneran vokal, sedikit sebanyak mengganggu mood dan persembahan. Kalau perasan dalam video semasa set Metalicak aku mula memegang perut dan melalut pasal sakit perut, lirik dan bass pun ke laut. Mujur aku ada berbekal sepeket Gaviscon untuk sedikit kelegaan selepas persembahan.
Penjarakan bersosial. |
Post-streaming - sambil makan, masing-masing menonton semula video melalui telefon pintar dan memuji produksi pihak REG Studio kerana kualiti video dan bunyi yang bertahap siaran langsung TV. Walaupun ada sedikit jurang masa antara keselarian video dan audio, tapi ia amatlah kecil tahap mikro-saat sahaja.
Sebagai suatu acara Facebook livestream, ia berjaya di luar jangkaan. Dan paling terkejut, rakan-rakan rockers/metalheads Bintulu yang hadir ke studio sebenarnya menjangkakan acara ini adalah secara fizikal seperti Jammed Of The Beast suatu ketika dahulu. Ada juga yang datang untuk belajar cara live broadcasting/streaming daripada REG Studio.
Terima kasih kepada tuan rumah REG Studio kerana memberi MUP peluang untuk bereksperimentasi dengan teknologi dan trend terkini. Ini merupakan milestone kami paling menarik era pasca-pandemik ini. Ada peluang boleh anjurkan lagi, yang penting ADA penganjur...
#heavymetalsakitperut
_____
AADI: Banyak gambar menarik, tapi SOP ada sikit ke laut.
3 komen:
Thumbs Up!!!
korawk tidak kelihatan hurmmm
Bert - \m/ kena buat macam Dio
Adi - HHTA, merujuk kepada perenggan pertama
Post a Comment