Sekitar sessi "soundcheck" di La Bistro Cafe, Kemena Hotel pada petang Sabtu (20/10/2012). Sessi bermula sekitar 2.00 petang dihadiri oleh kumpulan-kumpulan yang bakal membuat persembahan pada
sebelah malamnya, termasuklah Metuk Ulau
Projekt Project (
MUP).
|
Geng perut boboiboy bapa orang (+1 teruna?).
Gambar dicilok dari Facebook Ana & The Scene. |
|
Out of tempo? |
Peralatan yang digunakan (drums, amps, mixer) adalah disewa dari Z-Studio yang dah biasa kami gunakan, jadi kami tidak memerlukan masa yang lama untuk mencari kombinasi "sweet-spot" bunyi yang dikehendaki.
|
Mencari chords yang hilang (lagi). |
|
Macam bersantai di tepi pantai kan? |
Cuma susunan amp dan speaker (semasa sessi ni) agak kurang optimum dari segi akustik dan sonik, aku langsung tak dapat dengar bunyi gitar dari amp sebelah (Azrol). Dan seperti
OSG2012, monitor speaker juga tidak disediakan, kenapa penganjur jarang menitikberatkan kepentingan monitor speaker?
|
Tuning while performing (without muting the volume) = failed, haha~ |
Kali ni
Korawk dapat belajar sesuatu yang baru, jangan tune gitar semasa lagu sedang dimainkan. Kalau terpaksa juga, sila "mute" volume pada
Pod X3 (si kacang merah) tu sebelum ia masuk dalam amp/mixer.
Korawk, ada masa nanti kita cuba optimumkan penggunaan Pod X3 tu semasa jamming atau gig.
_____
Ada apa: Segan nak keluarkan
So-Cal dari gigbag...
8 komen:
rockstar....wow!!!...
mudah2an ada rezeki nak beli "ikan pari" (stingray bass) utk show MUP akan dtg...insyaAllah i will try my best
steady..
Selipar cantik, bro...
faizal & berteromber:
istidi!
adi:
pari versi sterling atau musicman terus?
bro sub:
selipar line 7 tu~ (bkn line 6)
alamak... sampai selipar ? aku nampak kemontelan perut masing masing..hehhe
dino cazares pun montel jugak bro :)
perutku termantap dalam banyak2 perut di sana hahahaha!!!
Post a Comment